Showing posts with label Aerobik Secara Walk In?. Show all posts
Showing posts with label Aerobik Secara Walk In?. Show all posts

Kelas Senamrobik untuk Wanita


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Jom Kita Sihat ingin membuka peluang kepada warga staf (wanita sahaja) yang berminat untuk mengikuti kelas senaman bersama kami secara walk in seperti maklumat berikut:

Bil.
Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Jenis Senaman
Instruktor
1.      
19 Feb
Selasa
5.15 – 6.30 pm
Dewan Aerobik Kompleks Sukan USM
Senamrobik + Senaman Lantai (floor exercise)
Cikgu Lah
2.      
24 Feb
Ahad
5.15 – 6.30 pm
Dewan Aerobik Kompleks Sukan USM

Kelas Senamrobik

Cikgu Lah
3.      
26 Feb
Selasa
5.15 – 6.30 pm
Dewan Aerobik Kompleks Sukan USM
Senamrobik + senaman dumbbell
(sila bawa sepasang dumbbell/botol berisi air/pasir)
Cikgu Lah

Bilangan peserta
Sepuluh (10) orang sahaja
Bayaran
RM6.00 per entry (bayar dahulu sebelum kelas dijalankan). 
Tempoh sah
Seperti tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas.
Cara mendaftar
Mohon daftarkan nama, no. telefon, Unit/Jabatan kepada Cik Nur (7676885) atau Cik Nadia (7674025).
Pembayaran
Mohon membuat bayaran sebelum kelas dijalankan pada tarikh-tarikh tersebut kepada Cik Nadia (Bendahari Kelab).
Syarat
Terbuka kepada peserta yang benar-benar serius sahaja supaya slot yang diberikan tidak dibazirkan.

·  Tawaran kelas walk in hanya dibuka pada masa-masa tertentu sahaja dan bukannya pada setiap masa. 
·  Kami menyediakan instruktor yang sangat berpengalaman. 
·  Keahlian secara tetap telah dibuka sekarang.  Siapa cepat dia dapat!
·  Kelas ini ekslusif untuk wanita sahaja dan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita.  Anda boleh bersenam secara selesa.

Maklumat lanjut sila layari:  http://jomkitasihat.blogspot.com

Banyak beriadah, senang beribadah...

Aerobik Secara Walk In?

Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera,

Di entry ini saya ingin mengambil peluang untuk menulis tentang tajuk di atas.  Saya menerima banyak pertanyaan tentang kelas aerobik yang dijalankan oleh Team Jom Kita Sihat iaitu adakah kami menyediakan slot walk-in bagi mereka yang tidak mempunyai masa?

Jawapannya ialah tidak.  Kami tidak menawarkan kelas secara walk-in adalah kerana untuk memastikan kelestarian kelas ini iaitu dapat dijalankan secara istiqomah dan menjadikan bersenam adalah salah satu gaya hidup.  Apabila kita bersenam secara tidak teratur (apabila ada masa bersenam, tidak ada masa tidak bersenam), maka kita tidak memperolehi kesan-kesan positif yang diharapkan.  Sesuatu perkara yang tidak dijadikan amalan, akan menyebabkan kita semakin malas untuk melakukannya.  Begitu juga dengan bersenam.  

Saya tidak menafikan bahawa bukan semua orang yang dapat memperuntukkan waktu untuk bersenam tetapi apabila direnungkan tidak kiralah senaman apa yang dipilih, waktu bilakah anda bersenam tetapi sekiranya anda sudah menetapkan matlamat bahawa anda harus bersenam sebanyak tiga kali seminggu tidak kira sama ada senamrobik, jogging, berbasikal, main bola sepak dan sebagainya maka anda harus memenuhi matlamat itu supaya anda mendapat manfaatnya.  Ramai surirumah yang mengatakan, saya tidak perlu bersenam kerana saya sudah melakukan kerja-kerja di rumah seperti mencuci, menyapu sampah, berkebun dan sebagainya.  Namun tanggapan anda tentang membuat kerja rumah adalah senaman adalah salah.  Ini adalah kerana kerja-kerja di rumah tidak sama seperti anda mengeluarkan peluh ketika bersenam.  Bersenam membolehkan anda mengeluarkan peluh dengan betul dan membakar segala lemak yang anda tidak perlukan dalam badan anda.

Oleh itu, carilah masa untuk bersenam.  Peruntukkanlah tiga jam sahaja dari 168 jam (seminggu) anda. Lakukanlah sebarang aktiviti kecergasan sebelum terlambat. Kasihanilah badan anda terutama jantung anda yang mengepam darah setiap saat tetapi anda tidak membantu untuk menjaga kesihatannya.  


Sekian, Jom Kita Sihat!