Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana memberikan kesihatan yang baik walaupun masih tetap wajib mengambil ubat. Mengambil ubat kerana kita mempunyai penyakit. Oleh itu, sebelum mendapat sebarang penyakit, lebih baik kita mencegah daripada merawat. Sungguh benar pepatah ini.
Sejak bulan November 2010, saya sudah memulakan senaman aerobik saya secara rutin. Sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sekarang, team Jom Kita Sihat telah menjadikan kelas sebanyak tiga kali seminggu. Kami sudah mendapat manfaatnya. Secara ringkas, manfaat yang telah dikecapi:
- Mempunyai stamina untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal.
- Badan yang fit.
- Menghilangkan stress.
- Badan semakin ramping, sudah bertukar saiz pakaian dari XL/L ke saiz M. (Saiz pakaian lain juga sudah bertukar ~ penerangan; maksudnya lemak-lemak di sekitar belakang sudah berkurangan).
- Badan semakin cergas.
- Otak semakin cerdas.
- Semakin ceria.
- Sentiasa berfikiran positif kerana badan yang cergas menyebabkan minda juga semakin sihat.
- Mempunyai lebih ramai kawan untuk bertukar-tukar idea/pendapat.
- Period berjalan lancar.
- Tiada lenguh-lenguh badan atau sakit urat yang memerlukan untuk berbelanja mengurut.
- Tidak perlu makan ubat-ubatan sakit urat atau serapat atau sebagainya.
- Tidak termengah-mengah untuk menaiki tangga atau berjalan jauh.
- RM45.00 sebulan untuk 12 kali kelas.
- Komitmen, kesungguhan dan tidak putus asa (PALING PENTING)
Saya sangat berbangga dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua ahli Jom Kita Sihat yang telah bermula sejak sesi 1 sehingga sekarang sudah memasuki sesi 5. Mereka menunjukkan minat yang mendalam walaupun kadang-kadang mood untuk mengikuti kelas aerobik ada pasang surutnya terutamanya apabila diri dihambat oleh tugas-tugas hakiki yang memerlukan tumpuan sepenuhnya.
Ada yang terpaksa bercuti dan kami memahami kekangan ruang dan masa yang dihadapi oleh ahli-ahli. Namun begitu, kami tetap menawarkan pakej yang menarik kepada para profesional yang terpaksa keluar negeri atau negara supaya mereka terus dapat menikmati manfaat bersenam.
Oleh itu, saya rasa adalah tidak rugi malah anda telah mengambil langkah yang bijak dengan memilih untuk bersenamrobik.
Sekian, Jom Kita Sihat!
No comments:
Post a Comment