Artikel ini ditujukan kepada semua ahli Kelab Jom Kita Sihat khasnya dan masyarakat umum amnya. Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel ini. Oleh itu, jangan lupa membawa dumbbell setiap kali kelas senaman dumbbell kerana dengan mengepal tangan sahaja anda langsung tidak mendapat manfaatnya.
Jom Kita Sihat!
Kita
semua tahu tentang kebaikan bersenam. Bersenam boleh stimulasikan cara
penafasan yang baik, jantung dan paru paru akan menjadi lebih kuat,
perjalanan darah akan menjadi lebih
baik dan bila kita sihat, kehidupan kita menjadi lebih ceria. Selain
daripada mengamalkan pemakanan yang seimbang, kita wajib melakukan
senaman berunsurkan aerobik (berlari, berenang, berbasikal dll) dan
senaman pelaziman otot (senaman yang mengunakan bebanan) secara bergilir.
Tubuh badan manusia terdiri daripada lebih kurang 600 otot. Otot
adalah organ yang menguncup dan mengendur, disambung ke tulang dan
sendi untuk memberi pergerakan pada manusia. Tanpa otot badan kita tidak
boleh berdiri, duduk, tidur, berjalan dan bergerak seperti sekarang
ini. Dengan ini amat penting bagi kita sebagai manusia untuk menjaga
otot kita supaya senantiasa didalam keadaan yang baik. Otot manusia terbahagi kepada tiga
- Otot licin - terletak di struktur dalaman yang berongga seperti perut, usus dan saluran darah. Penguncupan otot adalah tidak dibawah kawalan sedar.
- Otot Rangka - berpasangan dan bertentangan yang dilampirkan pada tulang. Boleh digerakkan dalam kawalan sedar
- Otot Kardiak - iaitu jantung, sama seperti otot licin, penguncupan adalah tidak dibawah kawalan sedar
Otot
adalah tisu metabolik yang aktif dalam badan kita. Otot bertindak
sebagai tenaga kerja apabila berlakunya pembakaran kalori. Ini bererti
lebih besar atau banyak otot dibadan, lebih efisyen pembakaran kalori
akan berlaku walaupun anda dalam keadaan duduk atau berdiri tanpa
berbuat apa apa.
Masalah utama bagi kita adalah semakin usia meningkat, kita akan semakin kehilangan jisim otot (muscle mass)
dengan ini perlu bagi kita untuk melakukan sesuatu supaya perkara ini
tidak berlaku sebelum waktunya. Jika ini berlaku, badan kita akan
mengalami masalah masalah diantaranya seperti berikut :
- otot tidak seimbang dan mudah berlakunya kecederaan dan kesakitan disendi dan badan
- badan tidak stabil dan mudah jatuh apabila usia meningkat
- lemak akan berleluasa yang akan menyebabkan kegemukan dan obesiti
- otot jantung akan menjadi lemah dan mengakibatkan penyakit penyakit yang berkaitan dengan jantung
Salah satu cara terbaik dan murah untuk kita membina otot adalah dengan menggunakan
bebanan. Dengan latihan ringkas anda boleh menggunakan berat badan
sendiri sebagai bebanan atau nenggunakan bebenan yang ada di jual di
pasaran seperti dumbell dan sebagainya.
Kali ini kita akan bincang mengenai alat senanman yang di panggil dumbell. Ada berbagai keberatan pada dumbell yang biasanya bermula dari 1 lb dan seterusnya ditambah mengikut keupayaan dan tujuan mengangkat dumbell. Paling menarik latihan menggunakan dumbell
tidak terikat dengan mesin mesin latihan seperti di gimnasium dan
latihan dumbell tidak memerlukan ruangan yang luas dan boleh dilakukan
dimana mana sahaja di rumah atau di pejabat. Dumbell mudah di perolehi dan boleh dibeli di hyper market atau kedai alat sukan dengan harga yang berpatutan.
Sebagai
permulaan, anda boleh menggunakan botol air mineral kecil yang diisikan
dengan pasir atau batu. Terpulang kepada kreativiti masing masing
bagaimana untuk menggunakan bahan bahan di rumah sebagai pemberat untuk
mengantikan dumbell.
Botol minyak masak yang berukuran sederhana pun boleh digunakan tetapi
pastikan anda boleh mengenggam botol berkenaan dengan keadaan selesa.
Kebaikan utama menggunakan dumbell.
Daya Tahan Otot (muscle endurance)
a) Lebih bertenaga dan tidak cepat letih dalam melakukan tugas tugas seharian
contoh : sebagai seorang wanita yang berkerjaya, pulang saja
kerumah anda bertukar tugas menjadi isteri dan ibu. Dengan mempunyai
daya tahan otot yang baik, anda masih bertenaga menyambung tugas tugas
dirumah seperti memasak, mengemas, membasuh pakaian, menjaga anak dan
masih punya tenaga untuk melayan suami.
b) Dapat melakukan sesuatu pekerjaan dalam jangka masa yang lebih lama
contoh: Lif
di pejabat atau ditempat tinggal anda rosak dan anda dikehendaki naik
tangga ketingkat tujuh. Dengan memiliki daya tahan otot yang baik, anda
bisa naik tangga dengan keadaan selesa dibandingkan dengan orang lain.
c) Mendapat bentuk badan yang lebih cantik dan anggun
Kelihatan badan lebih kemas dan tidak mengelebeh. Lebih menarik dan anggun. Dengan bentuk badan yang cantek, akan membina keyakinan individu dalam menghadapi kehidupan seharian dan secara langsung berpikiran positif dalam menangani masalah.
d) Kurang lemak dibadan
Kekuatan Otot (muscle strength)
a) Dapat melakukan kerja kerja berat dengan mudah
contoh : mengangkat/ mengalihkan pasu bunga atau mengangkat baldi yang
berisi air dengan mudah tanpa merasa letih dan sakit otot.
b) Mengelakkan kecederaan otot
bila mana otot kaki menjadi kuat, keberkalian untuk jatuh adalah tipis
begitu juga jika otot bahagian atas badan kuat, anda akan mempunyai
postur yang baik dan boleh mengelakkan daripada sakit pinggang dan
menghindarkan sakit arthritis.
c) Membina kepadatan tulang
Masalah utama bila usia semakin meningkat ialah tulang akan menjadi rapuh. Dengan melakukan latihan bebanan menggunakan dumbell, tulang akan menjadi lebih padat. Ini akan mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.
Penggunaan
dumbell adalah sesuai untuk semua golongan tanpa mengira usia dan
gender. Apa yang penting seorang yang ingin memulakan latihan dumbell harus memulakan latihan dengan menggunakan dumbell yang sederhana berat dan ditingkatkan keberatan secara beransur mengikut keupayaan individu.
Cara mengelakkan kecederaan semasa latihan dumbell
- memanaskan dan meregangkan badan dahulu sebelum melakukan latihan
- mulakan latihan dengan menggunakan dumbell yang sederhana berat
- gunakan dumbell dengan pergerakan terkawal (controlled movement) tanpa menghayunkan dumbell
- hembus nafas melalui mulut bila mengangkat dumbell dan tarik nafas melalui hidung semasa menurunkan dumbell
- mulakan latihan dengan kumpulan otot otot besar
- jangan melakukan latihan dengan keadaan memaksa dan pastikan otot otot tidak digunakan lebih daripada tahap yang dibenarkan. (overloading/working )
- perut ditarik kedalam supaya mempunyai postur yang betul dan bahagian belakang badan dalam keadaan neutral dan selesa
- pastikan lutut dan siku tidak dikunci (locked)
- dilarang sama sekali menggunakan dumbell semasa melakukan latihan aerobik berimpak rendah atau berimpak tinggi
- elakkan daripada mengenggam dumbell terlalu kuat dan pastikan pergelangan tangan dalam keadaan kukuh dan tidak bengkok
- lakukan regangan selepas latihan
Panduan Latihan Dumbell
- corak latihan meliputi pergerakan atas dan bawah badan supaya seimbang
- pastikan otot otot berlawanan digunakan dan tidak fokus pada satu bahagian sahaja
- lakukan latihan isolation (tumpuan pada satu otot) dan latihan compound (latihan menggunakan lebih dari satu otot)
- lakukan latihan pada otot besar dan otot kecil
- pergerakan latihan mestilah lancar dan tidak tersekat sekat
- elakkan dari terlalu ghairah melakukan latihan sehingga menyebabkan kehabisan tenaga (burn out)
- pastikan postur dibetulkan seperti menarik perut kedalam dan menaikkan sedikit tulang pelvik (pelvic tilt) untuk mengelakkan hyper extend pada bahagian belakang.
Latihan dumbell selamat dilakukan 2-3 kali seminggu dengan mengikut
garis panduan yang berikan supaya dapat mengelakkan kecederaan dan
mendapat latihan yang sempurna dan lengkap.
Penggunaan dumbell selamat dilakukan walaupun sesaorang individu itu menghadapi penyakit seperti :
Kencing manis
Glucos yang ditukarkan untuk menjadi tenaga tidak dapat dibendung oleh
insulin. Glucos yang berlebihan dibadan akan mengakibatkan keletihan,
pening dan tidak selesa. Latihan dumbell boleh menurun dan mengimbangkan
penggunaan glucos bagi pesakit. Ia juga boleh menstabilkan penggunaan
glucos didalam badan. Disarankan untuk melakukan latihan sebanyak dua
kali seminggu dengan menggunakan otot otot yang berbeza pada setiap kali
latihan. Pastikan anda mendapat khidmat nasihat doktor dahulu sebelum
anda memulakan latihan.
Sakit Jantung
Penyebab utama sakit jantung adalah jantung yang tidak sihat. Latihan dumbell boleh menguatkan otot jantung dan mengurangkan kolesterol dan lemak badan yang menjadi penyebab utama sakit jantung. Latihan dumbell
juga boleh menstabilkan tekanan darah individu. Khidmat nasihat doktor
diperlukan sebelum memulakan latihan. Latihan 2-3 kali seminggu bersama
dengan latihan berunsurkan aerobik seperti berenang, berbasikal dan
berjalan cukup untuk menguatkan daya tahan jantung anda.
Sakit pinggang
Latihan dumbell boleh menggelakkan daripada sakit pinggang. Dengan otot
belakang yang kuat, keberkalian untuk mendapat sakit pinggang amat
tipis. Akan tetapi bagi mereka yang memang sudah sedia ada sakit
pinggang disarankan untuk berhati hati dalam melakukan latihan. Dapatkan
pengesahan dari doktor bahawa sakit pinggang anda tidak ada kaitan
dengan tulang belakang. Jika ada, anda tidak disarankan melakukan
latihan bebanan. Di takuti akan membuat keadaan lebih buruk.
Selain menyihatkan badan, latihan dumbell
juga boleh meningkatkan keupayaan koordinasi (pergerakan yang
bertentangan), imbangan (contoh : melompat/menyeberang parit tanpa
jatuh) dan flesibiliti (badan lebih mudah untuk dilentur). Ia juga boleh
menguatkan otot tengah badan (core muscles).
Ada banyak peralatan untuk latihan bebanan yang berada dipasaran selain dari dumbell. Anda boleh menggantikan dumbell dengan alat alat seperti kettelbell, tubings/dyna bands, medicine balls, barbells dan banyak lagi yang berada dipasaran. Akan tetapi secara peribadi, saya dapati dumbell adalah alat yang murah, mudah digunakan dan amat berkesan.
No comments:
Post a Comment