TENTANG KAMI

Kelab Jom Kita Sihat (dahulunya dikenali sebagai Team Jom Kita Sihat) ditubuhkan pada 16 Mac 2011 secara sukarela oleh beberapa orang kakitangan wanita USM.  Kesedaran ini timbul apabila mereka mula menyertai program senamrobik secara percuma yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Kesihatan sebelum itu selama tiga bulan.  Program senamrobik Jom Kita Sihat ini terbuka kepada semua kakitangan wanita dan isteri staf USM dengan mengambil sedikit bayaran yuran untuk khidmat jurulatih. 

Tujuan utama Kelab ini ditubuhkan ialah:

1.  Memberi peluang kepada staf wanita dan isteri staf USM mengamalkan gaya hidup sihat melalui program senamrobik secara tetap iaitu sebanyak tiga kali seminggu.

2.  Menggalakkan lebih ramai wanita bersenam kerana senaman merupakan salah satu amalan pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser dan lain-lain.

3.  Memberi peluang kepada wanita untuk berkecimpung dalam bidang sukarelawan dengan menyertai khidmat-khidmat kemasyarakatan melalui program-program yang dianjurkan.

4.  Mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan di USM.