Showing posts with label Preview Senamrobik bersama Kelab Jom Kita Sihat. Show all posts
Showing posts with label Preview Senamrobik bersama Kelab Jom Kita Sihat. Show all posts

Preview Senamrobik bersama Kelab Jom Kita Sihat

Bagi saya, untuk mengecapi nikmat sihat sebenarnya langsung tiada kompromi.  Soal wang dan masa kita tidak seharusnya berkira kerana nikmat sihat yang diberikan oleh Allah S.W.T. itu adalah nikmat yang tidak boleh dijual beli.  Kita tidak boleh membeli kesihatan di mana-mana pasaraya atau kedai-kedai.

Semalam selepas saya selesai bersenamrobik di tempat biasa kami, saya ke padang baru berhampiran Kompleks Pentadbiran USMKK.  Di situ saya sambung bersenam dengan menggunakan peralatan-peralatan senaman yang disediakan.  Boleh dikatakan saya boleh menggunakan kesemua peralatan yang disediakan tanpa sebarang masalah dan saya boleh bersenam dengan baik.  Saya rasa betul-betul sihat!  Inilah nikmat sihat yang sebenar yang saya kecapi.  

Lalu saya ingin berkongsi nikmat ini dengan ramai lagi wanita di luar sana agar sama-sama mempertingkatkan kesihatan diri.

Kelab Jom Kita Sihat akan mengadakan Preview Senamrobik bersama Kelab Jom Kita Sihat.  Masuk adalah percuma dan tempat adalah terhad kepada 15 peserta sahaja.  Cara mendaftar dan menyertai, sila hubungi saya di talian 3147.  Sebanyak 15 kupon percuma disediakan.  Siapa cepat dia dapat!

Preview akan diadakan pada 7 Disember 2011 (Rabu).  Setiap penyertaan dibenarkan sekali sahaja.

Preview ini diadakan untuk memperkenalkan Kelab Jom Kita Sihat kepada wanita di luar sana.

Rebutlah peluang ini dan Jom Kita Sihat!