Sepanjang hidup saya sebelum menyertai kelas aerobik percuma anjuran Pusat Pengajian Sains Kesihatan ini, hanya sekali saya mengikuti kelas aerobik. Saya tidak meneruskan untuk mengikuti kelas tersebut kerana sambutan yang kurang daripada para peserta menyebabkan kelas tersebut tidak dapat dijalankan secara rutin. Apatah lagi saya memang bukan kaki bersenam.
Selepas itu, saya langsung tidak mengamalkan senaman dan saya akui memang saya merasakan saya kurang sihat dan bertenaga. Berada di Unit Rekod Perubatan dan berdepan dengan masalah kesihatan pesakit setiap hari, malah saya juga sudah mempunyai penyakit hypertension sejak saya hamil anak ketiga. menyebabkan saya ingin mengubah cara hidup saya. Tidak percaya? Ya percayalah, walaupun usia masih belum mencecah 40 tahun, kerana cara hidup yang tidak mengamalkan senaman, faktor keturunan dan stress, memang anda berpotensi untuk mendapat penyakit-penyakit darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.
Kesedaran saya mulai timbul sejak saya membaca emel daripada Penyelaras Program iaitu Puan Siti Zabedah (terima kasih kak Siti). Pada mulanya, saya sudah tidak berpeluang untuk menyertai program ini kerana penyertaan yang sangat menggalakkan tetapi apabila ramai peserta yang mendaftar adalah di kalangan mereka yang mempunyai berat badan yang normal, saya mendapat peluang untuk menjadi peserta.
Memang sukar untuk berubah. Mengamalkan sesuatu yang tidak pernah anda amalkan memang amat sukar. Pelbagai alasan boleh diberikan seperti, anak-anak kecil, tiada masa, balik lewat, letih apabila balik rumah, tidak boleh buat apa-apa lagi pada waktu malam dan sebagainya. Kita boleh mencipta 1001 alasan, namun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, no pain no gain.
Perubahan pada diri saya sekarang, penurunan berat badan hanya 1 kg. Ya, 1 kg sahaja. Tetapi tidak mengapa, kerana 3 kali seminggu, saya betul-betul mengeluarkan peluh. Jantung saya boleh mengepam darah dengan baik. Saya sudah mempunyai stamina. Sudah boleh melompat semasa aerobik. Badan saya semakin ringan. Lenguh-lenguh badan sudah berkurangan. Saya sudah boleh mengurangkan stress saya kerana saya gembira dengan aktiviti aerobik ini.
Sekian sahaja catatan pengalaman saya. Saya percaya anda juga boleh berubah demi diri anda dan mereka yang tersayang.
Terima kasih.
Jom kita sihat!
Zarini
TERBARU!
Saya sudah menukar saiz baju dari saiz XL/L ke saiz M. Saya boleh melakukan senamrobik selama satu jam tanpa henti dengan betul-betul mengikut steps yang diajar oleh instruktors. Saya sudah boleh melakukan high intensity workout. Alhamdulillah, saya rasa saya sihat berbanding dahulu.
12 Oktober 2011
Saya cuma turun 2.5 - 3 kg saja namun saya rasa lebih sihat, fit dan cergas berbanding sebelun exercise dulu. tahap kolestrol pun dah terkawal.alhamdulillah.
Tuan Ruasmani Tuan Daud
Pengajar Jururawat
PPSK
CATATAN PENGALAMAN 3
Perubahan yang saya rasakan adalah saya lebih sihat dan Fit selepas melakukan senaman aerobik. Bukan setakat berat badan saya berkurangan dengan melakukan senaman dan diet seimbang, tapi tahap kolestrol saya turut berkurangan!!! Badan pun terasa ringan sekarang. Seronok kerana berat turun 9kg. Saya kini lebih sihat dan bertenaga...:-)
Saya sangat berminat dengan senaman aerobik, tetapi sebelum ini tidak bersungguh-sungguh sebab tiada kelas aerobik yang konsisten. Tetapi sekarang, saya tidak sabar untuk tunggu setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa untuk hadir ke kelas aerobik. Anda semua pasti tidak akan rugi apabila menyertai kelas aerobik ini krn jurulatihnya HEBAT!!!
NORSAZILA RAMLEE
Unit Taksiran
CATATAN PENGALAMAN 4
TERBARU!
Saya sudah menukar saiz baju dari saiz XL/L ke saiz M. Saya boleh melakukan senamrobik selama satu jam tanpa henti dengan betul-betul mengikut steps yang diajar oleh instruktors. Saya sudah boleh melakukan high intensity workout. Alhamdulillah, saya rasa saya sihat berbanding dahulu.
12 Oktober 2011
CATATAN PENGALAMAN 2
Saya cuma turun 2.5 - 3 kg saja namun saya rasa lebih sihat, fit dan cergas berbanding sebelun exercise dulu. tahap kolestrol pun dah terkawal.alhamdulillah.
Tuan Ruasmani Tuan Daud
Pengajar Jururawat
PPSK
CATATAN PENGALAMAN 3
Perubahan yang saya rasakan adalah saya lebih sihat dan Fit selepas melakukan senaman aerobik. Bukan setakat berat badan saya berkurangan dengan melakukan senaman dan diet seimbang, tapi tahap kolestrol saya turut berkurangan!!! Badan pun terasa ringan sekarang. Seronok kerana berat turun 9kg. Saya kini lebih sihat dan bertenaga...:-)
Saya sangat berminat dengan senaman aerobik, tetapi sebelum ini tidak bersungguh-sungguh sebab tiada kelas aerobik yang konsisten. Tetapi sekarang, saya tidak sabar untuk tunggu setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa untuk hadir ke kelas aerobik. Anda semua pasti tidak akan rugi apabila menyertai kelas aerobik ini krn jurulatihnya HEBAT!!!
NORSAZILA RAMLEE
Unit Taksiran
CATATAN PENGALAMAN 4
SETAKAT INI ADA PERUBAHAN DALAM PENURUNAN BERAT IAITU SEBANYAK 5 KG SETELAH MENGIKUTI PROGRAM INI SELAMA HAMPIR 3 BULAN.
Puan Dek Rozita Mohamed Noor
Guru Sekolah Kebangsaan Seribong
CATATAN PENGALAMAN 8
CATATAN PENGALAMAN 10
CATATAN PENGALAMAN 5
Memang boleh rasa perbezaan apabila kita lakukan aerobik.badan kita lebih berstamina,berat badan maintain dan tidak mudah letih.saya skrang mudah keletihan dan badan cepat naik sejak dh lama tinggalkan aktiviti aerobik selepas beranak.
Dr. Noziah Ghani
Pusat Penyelidikan &Perkhidmatan Haiwan USM
CATATAN PENGALAMAN 6
Setelah menyertai program aerobik secara percuma baru-baru ini, secara fizikalnya saya tak nampak sebarang perubahan.mungkin sebab makan pun selalu berselera.tapi saya gembira & berterima kasih dengan penganjuran program seumpama ini, kerana saya berpeluang untuk bersenam & berusaha untuk menjalani gaya hidup sihat. Tahniah & terima kasih diucapkan kepada semua pihak/individu yang terlibat, juga kepada semua peserta.
Cik Siti Norbayu
PRO HUSM
CATATAN PENGALAMAN 7
Walaupun berat badan saya tak turun namun saya amat sukacita kerana dengan aerobik ini saya telah dapat menurunkan kadar kolestrol saya yang mana sebelum 7.6 dan sekarang 4.5.
Puan Khana Sulaiman
Jabatan Farmasi
CATATAN PENGALAMAN 8
Alhamdulillah, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mengikuti kelas aerobik Jom Sihat ini. Memang senaman sebegini amat baik sekali untuk kesihatan kita secara menyeluruh, lebih-lebih lagi bagi saya yang telah berumur melebihi 40-an. Nasihat yang diberikan oleh rakan-rakan semua berkenaan kebaikan senaman aerobik itu adalah tepat sekali. Saya memohon berbanyak maaf kerana tidak dapat mengikuti kelas ini secara sepenuhnya seperti orang lain memandangkan komitmen lain. Setakat ini saya amat berpuashati dengan progran Jom Sihat ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang sanggup mengelolakannya walaupun pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi. Terima kasih. Teruskan perjuangan anda demi kepentingan kaum hawa.
Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain
Pakar O&G/Pensyarah
11 Oktober 2011
CATATAN PENGALAMAN 9
Assalamualaikum,
Saya pun amat berharap agar JKS diteruskan memandangkan saya telah lama mengikuti program ini sejak tahun lepas lagi. Alhamdulillah, sekarang ramai yang menegur saya nampak kurus berbanding sebelum mengikuti kelas JKS ini. Saya dah serasi dengan program ini dan tak pernah melepaskan peluang untuk mengikutinya walau sesibuk mana pun kerana memikirkan ianya amat penting untuk kesihatan saya. Saya rasa peluang ini jangan dilepaskan kerana ianya amat penting untuk kesihatan kita semua. Saya merasa amat gembira kerana sekarang ini merasa seperti dihargai kerana Kak Ema selalu mengajak saya dan rakan-rakan lain naik ke atas stage bersamanya semasa kelas JKS beliau. Pada mulanya saya merasa agak segan juga kerana saya bukannya pandai sangat, tetapi saya terfikir mungkin kak ema memberi peluang kerana saya, Pn Zarini dan rakan lain yang telah lama mengikuti JKS ini bersama beliau. Saya juga mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK JKS kerana tak jemu-jemu berusaha mencari tempat untuk program JKS ini demi untuk kepentingan kita semua...SYABAS sekali lagi kerana saya juga bimbang program ini akan tamat, tapi berkat kesungguhan AJK JKS, ahli-ahli JKS bertambah semula dengan kehadiran ahli-ahli baru..alhamdullillah... Saya harap program ini akan berkekalan sampai bila-bila dengan sokongan ahli JOM KITA SIHAT semua...Insyaallah...
Puan Che Aminah Che Derahman
PPSK
2 Oktober 2011
Saya harap Kelas JKS ini dapat diteruskan kerana program seperti ini jarang dapat dikekalkan dalam masa yang begitu lama seperti sekarang ini. Saya telah lama mengikuti kelas ini dan kesannya berat badan saya menurun dengan mengikutinya secara bersungguh-sungguh dan sokongan daripada suami saya membuatkan saya lebih bersemangat. Saya harap kepada mereka-mereka yang belum mengikutinya dan telah berhenti sebelum ini, jom kita ikuti kelas ini kerana ianya memberi kesan yang memuaskan SYABAS kepada team JKS.
Puan Che Aminah Che Derahman
PPSK
12 Oktober 2011
CATATAN PENGALAMAN 10
Saya rasa badan saya makin sihat, kalau tak aerobik lama2 rasa berat je badan saya.
Dr. Aishah Mohd Nasarruddin
UPKW
11 Oktober 2011
CATATAN PENGALAMAN 11
Saya berasa sihat selepas melakukan aerobik...
Puan Noorharlizatul Asma Harun
2 Delima
11 Oktober 2011
Nadia Sedi
12 Oktober 2011
CATATAN PENGALAMAN 12
Saya telah menyertai aerobik bermula dengan kelas aerobik percuma yang dianjurkan oleh Lembaga Promosi kesihatan. Semasa mengikuti Program tersebut berat badan saya tidak berubah kerana saya tidak mengamalkan diet yang seimbang. Namun Setelah saya mengikuti kelas aerobik Jom Kita Sihat ditambah dengan diet yang seimbang saya telah berjaya mengurangkan berat badan saya hampir 20 kg. Kelas aerobik ini juga telah memberi peluang kepada saya mengenali Staf2 USM. Saya berharap kelas ini dapat diteruskan selama-lamanya.
12 Oktober 2011