INFO KESIHATAN

Uric Acid

Kandungan uric acid yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit GOUT dan terbentuknya BATU KARANG di dalam buah pinggang/ saluran ureter/ pundi kencing.

Paras uric acid di dalam darah dipengaruhi oleh faktor keturunan dan pemakanan. Faktor keturunan adalah amat-amat menentukan ketinggian paras uric asid di dalam darah seseorang. Sekalipun seseorang itu memakan makanan yang banyak uric asid tetapi paras uric acid di dalam darah tetap kekal normal sekiranya tiada  faktor keturunan. Sebab itu, seseorang yang paras uric acid di dalam darah pada paras normal semasa ujian darah yang pertama – menunjukkan seseorang itu tak perlu lagi diulang periksa ujian darah uric acidnya .

Paras normal uric acid bagi lelaki sebaiknya di bawah daripada 300umol/l……dan bagi perempuan sebaiknya di bawah daripada 250umol/l bagi mengelak atau mencegah daripada penyakit gout dan batu karang dalam saluran kencing.

Elakkan memakan ikan bilis, jantung, hati, daging , ikan sardine, telur ikan, otak, kepah dan makanan laut yang lain, kekacang, cendawan, bayam bunga kobis dan  kacang dal.

Pesakit gout jika dinasihatkan kurangkan makanan tinggi protin, kurangkan pengambilan makanan berlemak, kurangkan berat badan, elakkan minuman beralkohol dan minum air banyak.

Seseorang yang paras uric acidnya tinggi biasanya perlu mengambil ubat allopurinol atau colchicine untuk jangka masa panjang di mana dos ubat diubahsuai mengikut ujian darah. Oleh itu, pesakit perlulah diuji darah untuk uric acid secara berkala / follow up.



Darah Tinggi - akibat buruk

1. OTAK – boleh menyebabkan salur darah di dalam otidak pecah dan mengakibatkan perdarahan dalam otak. Angin ahmar / strok – lemah atau lumpuh  sebahagian anggota badan dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Tekanan darah yang tinggi di dalam salur darah mengakibatkan dinding salur darah menebal dan menyempitkan salur darah. Apabila darah tidak mengalir lancar  atau tidak sampai ke bahagian tertentu di dalam otidak juga mengakibatkan strok.Kolesterol yang tinggi menambahsempitkan lagi salur darah, usia tua juga berisiko tinggi untuk strok kerana dinding salur darah yang tebal.

2. MATA – salur darah di dalam mata juga boleh sempit dan pecah yang boleh mengakibatkan buta.

3. JANTUNG – Darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan jantung kembang dan lemah jantung. Pesakit darah tinggi juga berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung kerana salur darah kecil yang membekalkan oksigen ke otot jantung – sempit atau tersumbat dan boleh mengakibatkan kematian mengejut.

4. BUAH PINGGANG – Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyempitkan salur darah yang membekalkan darah ke buah pinggang. Akibatnya buah pinggang boleh mengecil saiznya dan merosakkan sistem tapisan darah di dalam buah pinggang. Racun “urea” yang hasil metabolism makanan yang bersumber protin yang sepatutnya dibuang sebagai bahan toksin di dalam kencing tidak mampu lagi ditapis keluar oleh buah pinggang yang rosak. Akibatnya seseorang itu akan terpaksa menjalani dialysis buah pinggang demi untuk menyambung nyawa untuk membuang racun “urea” yang terkumpul di dalam darah. Buah pinggang juga berfungsi untuk mengawal isipadu air di dalam badan kita. Akibat kegagalan buah pinggang juga menyebabkan seseorang yang gagal buah pinggangnya – sembab atau bengkak air – keliling mata, muka, di dalam abdomen, skrotum, kedua-dua kaki dan juga di dalam paru-paru kerana buah pinggang yang gagal berfungsi tidak mampu lagi untuk membuang air yang berlebihan di dalam badan seseorang.

5. SALUR  DARAH DI DALAM ABDOMEN – Tekanan darah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan salur darah besar “aorta” di dalam abdomen bocor atau pecah – boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Salur darah di hujung kaki boleh menyempit dan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki. Sehingga ke satu tahap, warna kulit akan bertukar biru dan hitam akibat aliran darah tidak sampai ke hujung kaki. Akhirnya, kaki boleh “mati” dan demi untuk menyelamatkan nyawa, pesakit terpaksa dipotong kakinya; samada pada paras di bawah atau di atas lutut. Merokok dan kolesterol yang tinggi menambahkan lagi risiko untuk menghadapi keadaan ini.
Setelah anda faham akan risiko bahaya seperti diterangkan tadi, bertindaklah dari sekarang untuk mencegah daripada berlakunya segala bahaya yang diterangkan tadi.

AMBILLAH SEGALA LANGKAH YANG BERIKUT

Makan ubat darah tinggi yang teratur dan mengikut arahan dos yang ditetapkan.

Berjumpa doktor secara berkala / temujanji

Kurangkan berat badan dan kurangkan makanan berkalori tinggi.

Elakkkan makanan berkolesterol tinggi

Kurangkan garam

Kurangkan stress

Lakukan senaman harian

Berhenti merokok


Kencing Manis - Penjagaan

1.     Untuk semua pesakit kencing manis, semasa perjumpaan pertama dengan doktor, perlu diperiksa RBS/FBS, serum creatinine, FSL jika berpuasa atau dibuat ketika perjumpaan kedua, ECG, dorsalis pedis pulses dan vibration sense.

2.     Cadangkan supaya diperiksa oleh pakar mata – sekali dalam setahun

3.     Serum Creatinine dan ECG diulang setiap 6 bulan jika normal. Tapi perlu diulang awal jika tidak normal atau bila perlu.

4.     Pemeriksaan dorsalis pedis pulses dan vibration sense mesti diulang setiap 3 bulan atau bila perlu.

5.     Diperiksa HBA1c setiap 3 bulan.

6.     FSL perlu diulang setiap 3 bulan jika pesakit dirawat dengan ubat kolesterol dan perlu diulang setiap 6 bulan jika FSL normal.

7.     Perlu dirujuk pakar jika diabetis tidak terkawal dengan maksimum dose of oral hypoglycaemic drugs bagi tujuan rawatan insulin.

8.     WAJIB  diterangkan secara jelas kepada pesakit dan keluarga pesakit akan tanda-tanda hypoglycaemia dan hyperglycaemia.

9.     WAJIB juga diterangkan secara jelas akan komplikasi diabetis mellitus kepada pesakit dan penjaga pesakit.

10.    WAJIB juga dinasihatkan akan diet yang bersesuaian dan bersenam 20 minit sehari.

11.    Cadangkan supaya beli glucometer supaya diperiksa RBS ketika ada ada tanda-tanda hypo/ hyperglycaemia.

12.    Nasihat penjagaan kaki bagi mengelak daripada luka atau jangkitan.

13.    Monitor berat badan / BMI/ BP/ urine albumin

14.    NIDDM – Type 2 Diabetes Mellitus – bila pesakit ada symptoms of hyperglycaemia dan FSL > atau= 7.0 mmol/l……..atau RBS> atau = 11.1mmol/l.

15.    NIDDM – Type 2 DM – jika tiada symptom….dan FBS<7 ;  RSB<11.1mmol/l….maka OGTT hendaklah dilakukan untuk diagnosis.

16.    Target glycaemic control untuk NIDDM – FSL= 4.4 till 6.1mmol/l……..RBS= 4.4 till 8.0 mmol/l…….HBA1c < 6.5%

17.    Target FSL …..TG< atau = 1.7mmol/l…..HDL> atau= 1.1 mmol/l….LDL < atau= 2.6 mmol/l

18.    Target BP yang buah pinggang yang telah mula rosak ….120/75 dan ke bawah

19.    Target BP yang normal buah pinggang ….130/80 dan ke bawah

20.    Seseorang yang berisiko tinggi untuk mendapat NIDDM – seperti faktor keluarga, obesiti, pengambilan gula yang tinggi, kurang senaman, kencing manis ketika mengandung, seseorang yang menghidapi penyakit darah tinggi, jantung dan penyempitan salur darah, perempuan yang menghidapi “polycystic ovarian syndrome”………mereka perlulah dibuat ujian screening secara berkala untuk mengesan awal NIDDM

21.    Ubat Metformin diberi pada pesakit yang obese dan kuat selera makan kerana ianya juga mengurangkan selera makan….tapi tidak boleh diberi pada pesakit yang rosak buah pinggang yang bacaan serum creatinine > 150umol/l.

22.    Ubat glibenclamide diberi pada pesakit yang kurus dan normal atau kurang selera makan….tapi perlu berhati-hati dengan kesan hypoglycemia.

23.    Ubat Acarbose diberi pada pesakit yang “blood sugar” yang tidak terkawal dengan MTF/ glibenclamide…..ianya diambil ketika “main meal”…kesannya boleh menyebabkan  “bloating, abdominal discomfort, dirrhoea and flatulence”.

24.    Kesemua pesakit diabetes lelaki yang berumur 40 tahun dan ke atas, perlulah ditanya akan masalah “erectile dysfunction”

Buah Pinggang - Penjagaan

1. Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan ianya terkawal. Pastikan anda berjumpa doktor secara berjadual, makan ubat ikut aturan dan menjaga diet seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

2. Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan doktor yang merawat anda memeriksa darah utk “screening” bagi mengesan kerosakan awal buah pinggang. Ujian kencing juga diperlukan.

3. Pastikan paras kolesterol di dalam darah anda berada di paras yang normal supaya aliran darah yang lancar dan baik ke buah pinggang. Kolesterol yang tinggi akan menyempitkan saluran darah ke buah pinggang. Buatlah ujian kolesterol – “Fasting serum lipid” sebaik-baiknya setiap 3 bulan. Kurangkan pengambilan kolesterol dalam diet anda.

4. Minumlah air yang telah ditapis dalam kuantiti yang diperlukan.

5. Elakkan pengambilan ubat ubatan tanpa nasihat doktor…terutamanya elakkan pengambilan ubat-ubat tradisional dan ubat-ubat yang tak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

6. Segera berjumpa doktor sekiranya berlaku apa apa perubahan pada kencing anda….seperti sakit bila kencing, kencing tak puas dan kerap, kencing berubah warna, kencing berdarah dan lain lain.

7. Buatlah ujian darah “uric acid”; sebab paras uric acid yang tinggi di dalam darah akan memudahkan terbentuknya batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing.

8. Jangkitan saluran kencing hendaklah dirawat secara sempurna.

9. Elakkan tabiat menahan kencing dan tabiat kurang minum air bertapis.

10. Tanda tanda seumpama bengkak sekeliling mata dan muka terutamanya semasa bangun tidur diikuti dengan perubahan pada kencing….bersegeralah berjumpa doktor untuk dibuat ujian darah dan kencing bagi buah pinggang.

11. Penyakit buah pinggang secara congenital/ sejak kelahiran dan penyakit nephrotic syndrome yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak, hendaklah dirawat secara berjadual mengikut temujanji.

Sumber