Aerobik Secara Walk In?

Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera,

Di entry ini saya ingin mengambil peluang untuk menulis tentang tajuk di atas.  Saya menerima banyak pertanyaan tentang kelas aerobik yang dijalankan oleh Team Jom Kita Sihat iaitu adakah kami menyediakan slot walk-in bagi mereka yang tidak mempunyai masa?

Jawapannya ialah tidak.  Kami tidak menawarkan kelas secara walk-in adalah kerana untuk memastikan kelestarian kelas ini iaitu dapat dijalankan secara istiqomah dan menjadikan bersenam adalah salah satu gaya hidup.  Apabila kita bersenam secara tidak teratur (apabila ada masa bersenam, tidak ada masa tidak bersenam), maka kita tidak memperolehi kesan-kesan positif yang diharapkan.  Sesuatu perkara yang tidak dijadikan amalan, akan menyebabkan kita semakin malas untuk melakukannya.  Begitu juga dengan bersenam.  

Saya tidak menafikan bahawa bukan semua orang yang dapat memperuntukkan waktu untuk bersenam tetapi apabila direnungkan tidak kiralah senaman apa yang dipilih, waktu bilakah anda bersenam tetapi sekiranya anda sudah menetapkan matlamat bahawa anda harus bersenam sebanyak tiga kali seminggu tidak kira sama ada senamrobik, jogging, berbasikal, main bola sepak dan sebagainya maka anda harus memenuhi matlamat itu supaya anda mendapat manfaatnya.  Ramai surirumah yang mengatakan, saya tidak perlu bersenam kerana saya sudah melakukan kerja-kerja di rumah seperti mencuci, menyapu sampah, berkebun dan sebagainya.  Namun tanggapan anda tentang membuat kerja rumah adalah senaman adalah salah.  Ini adalah kerana kerja-kerja di rumah tidak sama seperti anda mengeluarkan peluh ketika bersenam.  Bersenam membolehkan anda mengeluarkan peluh dengan betul dan membakar segala lemak yang anda tidak perlukan dalam badan anda.

Oleh itu, carilah masa untuk bersenam.  Peruntukkanlah tiga jam sahaja dari 168 jam (seminggu) anda. Lakukanlah sebarang aktiviti kecergasan sebelum terlambat. Kasihanilah badan anda terutama jantung anda yang mengepam darah setiap saat tetapi anda tidak membantu untuk menjaga kesihatannya.  


Sekian, Jom Kita Sihat!

No comments:

Post a Comment