Sudah lama rasanya tak membuat post di sini. Maklumlah sejak sibuk dengan Malam Muslimah Anggun 2012 dan kebetulan pula keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Nampaknya kelas senamrobik kita telah bermula semula pada 4 September 2012 yang lalu selepas cuti bulan Ramadan dan Syawal. Alhamdulillah, ahli-ahli lama yang setia, semakin setia dan bersemangat ingin kembali ramping dan sihat. Manakala ahli-ahli barupun apa kurangnya. Berkobar-kobar setelah saya mengiklankan pengambilan baru ahli-ahli kelab JKS.
Tujuan saya mengambil ahli-ahli baru adalah kerana ingin memberi peluang kepada lebih ramai wanita untuk sihat dan cergas terutamanya selepas menjalani ibadah puasa dan menghadiri rumah-rumah atau pejabat-pejabat terbuka sempena Aidilfitri baru-baru ini. Di samping itu juga, saya ingin memberi peluang kepada wanita untuk bergiat aktif bersama Kelab JKS memandangkan kelab ini sudah bertapak lebih setahun yang lalu.
Saya sangat berbangga dan kagum kerana dengan kerja sukarela sahaja kita mampu bertahan dan memantapkan kelab kita yang disayangi ini.
Walau bagaimanapun, pada bulan September ini, nampaknya jurulatih kita Kak Lah tiba-tiba tidak sihat untuk memimpin kita semua. Saya mencari alternatif lain dan memanggil semula bekas jurulatih kita Kak Ema. Walau bagaimanapun, Kak Lis Ramli masih tetap segar dan ceria dan masih boleh memimpin kelas senamrobik iaitu bellydance, bhangra dan zumba. Alhamdulillah....
Walau bagaimanapun yang kedua pula... (ada juga walau bagaimanapun yang kedua?). Saya juga terpaksa merehatkan diri dari menghadiri kelas senamrobik kita dan mungkin mengambil masa setahun untuk kembali bersama rakan-rakan semua kerana sedang hamil anak keempat. Alhamdulillah, rezeki Allah jangan ditolak. Memang saya merancang untuk hamil lagi setelah anak ketiga akan berusia tiga tahun pada tahun hadapan. Bayi dalam kandungan saya ini bakal lahir pada tahun hadapan (EDD 6 April 2013), namun selalunya saya bersalin dua minggu lebih awal (pengalaman ketiga-tiga anak yang lalu).
Gambar hiasan dari google. |
Insya Allah, kita akan berjumpa lagi pada tahun hadapan apabila saya telah pulih sepenuhnya setelah bersalin anak keempat nanti. Saya doakan rakan-rakan semua sentiasa sihat, cergas dan ceria selalu. Doakan juga proses kehamilan dan melahirkan saya nanti berjalan dengan lancar dan selamat.
Wassalam.
Neeny
Pengerusi Kelab JKS
No comments:
Post a Comment