Formula utk Menurunkan Berat Badan dengan Cepat dan Selamat
Oleh: YM Tg. Norihan
YM Tengku Norihan (Pengasas dan Pemilik Bodypower Fitness Centre)
Formula utk Menurunkan Berat Badan dengan Cepat dan Selamat adalah mudah..jika anda mengikuti cara yg diberikan...
1. Makan pagi hendaklah diambil selepas sejam bangun dari tidur...
KENAPA? Badan kita memerlukan bahan makanan utk membakar bagi
meninkatkan kadar metabolik.... Pentingnya makan pagi utk meningkat
oksigen di dalam badan serta paling penting adalah Otak kita...kerana
anda akan lebih fokus serta idea2 bernas dan akan berjln dgn laju...
JIka lambat makan anda akan lapar dan tentunya anda akan makan dgn
banyaknyaaa....lagi anda akan cepat mengantuk selepas makan waktu
begini... anda akan hilang fokus kerja dan kekurangan idea serta
tindakan... yg teruknya rasa MALAS... lagi ialah kadar metabolik anda
adalah rendah diwaktu ini, jika lambat makan...
2. Waktu rehat
pukul 10.00 pagi perlu makan...jika anda breakfast diawal pagi iaitu jam
6.00 atau 7.00 pagi...pukul 10.00 pagi anda perlu mengambil makanan...
ini kerana perut kita memerlukan bahan makanan selepas 3 - 5 jam...
Biasanya makanan yg paling sesuai ialah 1 jenis buah/ 1 biji buah
bersama 1 gelas (250 ml) air kosong..ini kerana kita akan bersedia utk
makan tengahari pulak...
3. Makan tengahari anda disarankan
mengambil lebih banyak lauk iaitu sebesar tapak tangan masing2... contoh
lauk ayam (isi dada) - jika nasi ambil 7 - 12 suap (mengikut tangan
masing2 - kerana melambangkan saiz sebenar diri anda...), kemudian
pastikan ambil pelbagai warna sayur-sayuran - kerana setiap warna sayur
mempunyai vitamin yg berbeza... ambil antara 10 - 16 sudu sayur...
setiap hidangan... jangan lupa minum air yang banyak iaitu 2 - 3 gelas
air kosong...
4. Pukul 4.00 -5.00 ptg mesti makan sbb jarak
antara makan tengahari ke mlm adalah panjang...so sila makan sebiji buah
bersama air kosong (sejuk dan panas tak mengapa)...
5. Jika
makan petang, pastikan jaraknya antara 3 - 4 jam untuk bersedia makan
mlam... cara makan lebih kurang sama dengan waktu tengahari atau anda
lebih baik makan lauk saja bersama sayur-sayuran...
6. Pastikan
ambil minuman manis sekali sehari sahaja... elakkan minuman yg jenis 3
in 1. biasanya ianya mengandungi gula yg tinggi..
7. Masak
secara bakar, panggang dan kukus adalah lebih baik dan mempercepatkan
penurunan berat badan... Jika menggoreng pakai minyak yg kurang atau tak
ada kolesterol...
8. Makan buah dan sayuran 3 - 5 kali sehari.... Minum air mengikut berat badan anda iaitu :- Berat badan 50 - 60kg - mimum air sbyk 2.5 litre sehari Berat badan 61 - 70kg - minum air sbyk 3 litre sehari (2 botol mineral bekas besar - 1.5L setiap satu botol) Berat badan 71 - 80kg - minum air sbyk 3.5 litre sehari Berat badan 81 - 100kg - minum air sbyk 4 litre sehari
8. Lakukan senaman 4 - 5 kali seminggu... lakukan selama 30 min ke atas
tanpa henti dengan intensiti yg sederhana dan juga tinggi... KENAPA 30
min? sbb lemak baru terbakar selepas 30 minit senaman dan selepas 45 min
hingga sejam baru protein yg jahat dapat dibakar... Jika intensiti yg
agak perlahan lakukan dlm masa 2 jam tak mengapa...
9. Lakukan
senaman yg berlainan setiap kali.... cth ahad aerobik dance hari sabtu -
Step aerobik - Isnin - Kick boxing - Rabu atau sabtu - Gym (cardio dgn
treadmill atau basikal - otot bhg atas, otat tengah dan otot bhg bawah),
Isnin - Squash, Rabu - Berenang. KENAPA? sbb otot2 badan jika lakukan
dengan pelbagai aktiviti yg berlainana akan mempercepatkan proses
pembakaran kalori dan penurunan berat badan secara stabil.
10.
Sila mengambil tambahan vitamin-vitamin kerana di dalam masakan dan
jenis makanan yg kita makan belum mencukupi zat yg diperlukan sebenar
oleh badan...
11. Untuk menurunkan berat badan secara selamat
dan sihat hanya ada 2 cara sahaja iaitu 70% menjaga permakanan anda dan
30% menjalani latihan/senaman..
JANGAN PERCAYA KATA2 INI -
1. TAK PERLU SENAMAN SEBAB ANDA DAH MAKAN MAKANAN YG DAH CUKUP ZAT DAN LENGKAP NUTRISINYA..
2. PRODUK INI DAH CUKUP UTK MENGGANTIKAN MAKANAN ANDA SEHARIAN....
SESUNGGUHNYA PIHAK WHO BELUM LAGI MENJUMPAI SESUATU PRODUK YG
MEMBUKTIKAN IANYA BENAR2 MELENGKAPKAN PERMAKANAN ANDA... ANDA TETAP KENA
MAKAN MAKANAN YG NATURAL ATAU MAKANAN SEMULAJADI DARIPADA MAKANAN YG DI
PROSES...
3. TAK MENGAPA NAK SLIM ANDA HANYA PERLU PAKAI
MESIN SAJA!!!! HELLO! HELLO! HELLO!... PENGEDARAN DARAH DAN OKSIGEN
SECARA SEMPURNA DAN LANCAR HANYA YG TERBAIK ADALAH MELALUI SENAMAN YG
MELEBIHI 30 MINIT TANPA HENTI...
INI KERANA KAJIAN TELAH DIBUAT BERTAHUN-TAHUN, TIDAK ADA JALAN SHORT CUT DLM PROSES PENURUNAN BERAT
JIKA BERAT BADAN TURUN SECARA MENDADAK DENGAN BANYAKNYA DLM MASA SATU
MINGGU ATAU SEBULAN...ANDA MUNGKIN BANYAK KEHILANGAN MUSCLE
(OTOT-OTOT)...YG AKAN MENYEBABKAN ANDA TIDAK BERMAYA, FOKUS ANDA MAKIN
BERKURANG, PUCAT, CEPAT LETIH DAN KULIT MENJADI KERING.... SERTA SISTEM
KETAHANAN BADAN MENJADI LEMAH...
Ingat pengambilan cara makanan
yg salah meyebabkan komplikasi yg lain pula terlibat... proses
penurunan berat badan kena bersabar dan tidak ada jalan short cut....
Ketepatan masa makan, ketepatan jumlah air, ketepatan senaman akan
mempercepatkan proses penurunan berat badan adalah menjadi selamat dan
sihat..
Saya benar2 berharap pengkongsian ini menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi Sihat dan Cergas... Jadilah SLIM SIHAT SOKMO....
Saya mendoakan anda semua diberikan tubuh badan yg sihat, slim dan
cergas sepanjang masa...agar kita dapat berbakti kpd keluarga, agama,
bangsa dan negara...amin......
Assalamualaikum..blog walking..a nice and informative blog..keep it ya :)
ReplyDeleteJemput Berziarah ke blog saya http://imnah03.blogspot.com
TQ.
Waalaikumussalam Hasanah,
ReplyDeleteTq for visiting and I will visit your blog too.
Salam..thank you for sharing..sy dah baca bnyak tips but i think this is the best info found so far!
ReplyDelete