Penyertaan Sesi 10 Kelas Senamrobik Jom Kita Sihat Kini Dibuka


Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera,

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua ahli-ahli Jom Kita Sihat khasnya dan warga kampus amnya.

Tahun baru saya kali ini disambut dengan badan yang kurang sihat.  Sejak saya balik bercuti dari Bukit Gambang, saya dan dua orang anak mendapat "viral fever".  Saya sendiri memang jarang sakit (demam) tetapi kali ini demam saya memang panjang dan mendapat "mc" selama 3 hari.

Walaupun begitu, selain dari berita yang kurang baik itu, saya juga mempunyai berita baik untuk dikongsi bersama.  Tekanan darah saya sudah normal iaitu purata 100/70 sejak seminggu yang lalu.  Saya sangat gembira kerana usaha saya bersenam tiga kali seminggu selama setahun lebih ini telah menurunkan tekanan darah saya.


OK, cukuplah tentang diri saya kerana update saya hari ini sebenarnya untuk memaklumkan berita baik kepada ahli-ahli bahawa kelas Jom Kita Sihat akan bermula semula pada tahun 2012 ini pada 8 Januari 2012.  Satu lagi perkara yang menggembirakan, pada tahun ini pihak BHEPP (En Hafiz Assad dan En. Faizal) telah membenarkan kita menggunakan Dewan Aerobik Kompleks Sukan.  Alhamdulillah dan lautan terima kasih diucapkan kerana mereka menyokong usaha murni ini.  Bagi ahli-ahli lama yang ingin meneruskan untuk mengamalkan cara hidup sihat sila semak jadual yang saya sediakan di bahagian atas blog.

Kami juga membuka peluang kepada warga kampus yang ingin menyertai kami pada tahun ini agar segera menghubungi saya.

Marilah kita mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam sebanyak tiga kali seminggu.

Jom Kita Sihat!

2 comments:

  1. tahniah kerana berhasil meneruskan JKS. :) :) semoga JKS terus sukses

    ReplyDelete
  2. Agree Cik Rani.. teruja sgt attend kelas JKS Januari 2012 ni.. Happening! & Best!

    ReplyDelete