Majlis Resepsi Jom Kita Sihat dan Sambutan Bulan Ramadhan 1432H pada 23 Julai 2011

Semua Ahli khusyuk mendengar kata aluan Pengerusi Jom Kita Sihat.
Pengerusi sedang menyampaikan kata-kata aluan.
Prof. Madya Siti Hawa Ali memberikan ucapan balas sebagai wakil daripada ahli-ahli Jom Kita Sihat.
Cenderahati yang disampaikan kepada ahli-ahli pada hari tersebut.
Perbincangan di antara Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Bendahari. Ni tanya siapa nak jadi emcee ni.
Ahli-ahli; Puan Lau, Cik Nurhanisah, Cik Nadia, Puan Siti Yuhani, Puan Asma dan Puan Fatin.
Bergambar kenangan sebelum majlis bermula.
Puan Zulaila sedang melayan tetamu. Kami sangat berbangga kerana disertai oleh Prof. Madya Dr. Nik Hazlina (Pakar O&G) yang tersohor.  Tak lupa juga penyertaan daripada ahli-ahli yang lain yang menjayakan kelas aerobik Jom Kita Sihat.  Di sebelah Prof. Nik ialah Puan Salwani isteri Prof. Madya Shamsul, Ketua Jabatan Anesthesia.  Turut hadir, Puan Mazlita dan Puan Salmiah. 
Puan Lau memperkenalkan diri.
Apa lagi, sesi makan sudah bermula.
Puan Noorizah (baju putih) melihat hidangan yang sangat menyelerakan.
Ini pengantin baru sedang menghidangkan nasi.
Ceduk, jangan tak ceduk Kak Mi (Puan Che Aminah). Di sebelah, Puan Rugayah Ali.
Sorry Prof, gambar candid.
Amat menyelerakan.
Best... nak pergi lagi...
Inilah instructor kami, Puan Noorizah Ismail (Ketua Jururawat, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan).  Dua orang instructor lagi tidak dapat hadir.
Kami turut disertai oleh para jururawat 2 Delima (ICU) yang dedikasi.
Kak Salamah, sila-sila, jangan malu-malu.
Gambar kenangan yang bermakna kepada kami semua.
Semoga semua ahli akan terus memberikan sokongan dan komited untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir ke Majlis Resepsi Jom Kita Sihat dan Sambutan Bulan Ramadhan 1432H pada 23 Julai 2011 yang lalu di Restoran Four Seasons, Kota Bharu.

Tanpa sokongan ahli-ahli semua, sesungguhnya kelas aerobik Jom Kita Sihat tidak akan berjaya.

Semoga kita dapat berkumpul lagi di majlis yang lain dengan lebih ramai ahli.

Sekian, Jom Kita Sihat!

Zarini Ahamed Sekeri
Pengerusi Jom Kita Sihat

5 comments:

  1. Enjoy sgt2 + food sedap.
    ada rezeki, kita sumer jumpa lg, InsyaAllah.

    Slmt menyambut Ramadhan Al-Mubarrak buat semua.

    p/s: gamba S/U xde coz sibuk snap fotos using her camera yg setting xbetol. kih3x.

    ReplyDelete
  2. Sis, gambar SU ada, masa ramai-ramai tu. Kesian kat u sebab Penolong SU tak dapat hadir.

    TQ.

    ReplyDelete
  3. Tu lah. Sib baik gamba last ramai2 tu ada dinda. ^_^

    Hope ahli lain dpt share gambar dari kamera masing2 sekiranya ada.

    ReplyDelete
  4. beshnya!!!uhuuhu..ai iri hati...sila bikin lagiii...dan lagiii...ehehe...

    ** maaf ye kepada semua sy xdapat join/hadirkan diri last minute pada hari yang bermakna itu kerana ketentuan ilahi menjemput salah seorang saudara sy ke pangkuanNya.. al Fatihah. **

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah buat Allahyarham. Takziah kepada Bayu dan keluarga.

    ReplyDelete