Salam Aidilfitri: Jom Kita Sihat kembali lagi

Assalamualaikum, Salam Aidilfitri dan salam sejahtera kepada semua ahli Jom Kita Sihat...

Nampaknya hari ini merupakan hari raya keenam dan kebanyakan daripada kita sudah kembali semula untuk bertugas.  Dalam masa enam hari ini, tentunya banyak kunjungan dibuat ke rumah saudara mara dan sahabat handai.  Sudah tentunya banyak hidangan dan juadah yang dirasa, dijamah dan dimakan.

Walau bagaimanapun, walaupun seronok kita beraya dan mengunjungi rumah-rumah terbuka, tetapi kita masih lagi tidak lupa untuk menjaga kesihatan.  

Kelas aerobik Jom Kita Sihat akan kembali pada 6 September 2011 sebagaimana puan-puan telah lihat dalam jadual yang telah di"publish"kan sebelum ini.

Oleh itu, puan-puan sudah boleh mulai membuat pembayaran yuran bermula daripada hari ini.  Masa dan tempat masih tidak berubah iaitu 5.15 - 6.15 petang di Dewan Murni, Kampus Kesihatan.

Selamat beraya lagi tetapi jangan lupa Jom Kita Sihat!

Neeny
Pengerusi

No comments:

Post a Comment