Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memudahkan segala perancangan dan usaha kita dalam aktiviti meningkatkan kecergasan dan amalan gaya hidup sihat.
Saya amat berbesar hati ingin membuat pengumuman awal tentang satu program yang akan diadakan sempena Ulangtahun Pertama Kelab Jom Kita Sihat ditubuhkan iaitu Program Senamrobik Jom Kita Sihat pada 6 Mac 2012 ini. Program ini telah diluluskan oleh YBhg. Prof. Dato' Mafauzy Mohamed.
Sehubungan itu, saya ingin menjemput semua ahli Jom Kita Sihat untuk menyertai program ini pada tarikh tersebut yang akan diadakan pada pukul 8.00 - 10.00 pagi. Surat pelepasan akan diberikan kepada mereka yang terlibat. Walau bagaimanapun, yuran penyertaan sebanyak RM5.00 terpaksa dikenakan juga kepada ahli-ahli memandangkan kewangan kita juga agak terhad. Insya Allah, yuran RM5.00 itu adalah untuk persegaran, sijil dan ada "surprise" juga.
Bagi ahli kita seramai hampir 40 orang, kita akan menyambut Ulangtahun Pertama ini dengan sedikit jamuan sebagai tanda kesyukuran kita kerana mampu bertahan sehingga ke hari ini. Insya Allah, Kelab JKS akan menaja sebiji kek, mihun dan minuman dan jamuan ini akan diadakan selepas program senamrobik tersebut. Saya mengalu-alukan ahli-ahli untuk memberi sumbangan secara pot luck dan sila maklumkan kepada saya makanan apa yang ingin dibawa agar kita dapat menyediakan pinggan/mangkuk.
Tunggukan pengumuman seterusnya apabila kami menyiarkan poster nanti untuk pendaftaran dan sebagainya.
Sekian, Jom Kita Sihat!
p/s: Ahli-ahli yang mempunyai t-shirt JKS dikehendaki memakai t-shirt tersebut.
No comments:
Post a Comment