Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan lautan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli baru kerana telah mengambil langkah yang bijak dengan memilih Kelab Jom Kita Sihat untuk melakukan aktiviti kecergasan. Tidak lupa juga terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli lama kerana masih setia dan setia bersama Kelab ini walaupun kesempatan waktu amat terbatas dan mencemburui semua. Sesungguhnya penglibatan puan-puan semua telah membolehkan Kelab JKS masih terus aktif, bertenaga, segar dan semakin bersemangat.
Kita sudah masuk sesi yang ke-11 dan apabila sesi ke-12 nanti menandakan telah genap satu tahun kita bersama-sama. Perkara ini sangat membanggakan saya kerana tanpa anda semua; semangat jitu yang ditunjukkan siapalah Kelab JKS. Ahli-ahli datang dan pergi tetapi kepada yang masih setia, saya amat terharu kerana kesetiaan mereka membolehkan kita semua meneruskan aktiviti yang sangat baik ini.
Walau bagaimanapun, dukacita saya ingin memaklumkan bahawa pengambilan ahli-ahli baru terpaksa dibekukan buat sementara waktu demi memenuhi kualiti dan keselesaan ahli-ahli yang sedia ada. Dari aspek kuantiti, lebih ramai ahli memang memberi kebaikan tetapi saya lebih senang dan gembira sekiranya kelab ini dapat memberi kegembiraan, keselesaan dan kesenangan kepada semua.
Justeru itu, saya mengharapkan agar ahli yang ada tidak membawa rakan-rakan yang lain ke kelas-kelas yang akan datang melainkan saya membuat pengumuman penambahan ahli baru. Saya sebenarnya tidak sampai hati untuk menolak tetapi ini penting untuk kebaikan kita semua.
Saya juga ingin memaklumkan perkembangan terkini iaitu kita akan menambah seorang lagi instruktor baru yang akan mengendalikan kelas pertama pada hari ini. Saya tidak sabar-sabar untuk melihat kebolehan dan kemahiran beliau sebagaimana kehebatan yang telah ditunjukkan oleh Kak Lah pada hari Ahad dan Selasa.
Insya Allah, sekiranya tiada sebarang halangan, beliau akan mengendalikan kelas setiap Khamis bermula pada bulan Mac 2012. Oleh itu, setelah hampir setahun Kelab ini sentiasa mengambil pendekatan agar ahli-ahli tidak jemu dan akan terus setia bersama kami.
Jom Kita Sihat!
No comments:
Post a Comment