Blog Prof. Madya Dr. Hasanah

Assalamualaikum pembaca budiman,

Di entri hari ini saya ingin membawa anda semua ke satu blog dan pemilik blog itu tidak asing lagi di USM dan HUSM ini.  Pada pandangan peribadi saya, beliau memang layak untuk menulis tentang kanser kerana beliau telah mengalami penyakit itu sendiri dan menjadi salah seorang "cancer survivor".

Saya sangat mengagumi beliau kerana bukan sahaja kerana kekuatan beliau dari segi mental, fizikal, emosi malah spiritual.  Oleh kerana kekuatan dalaman yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. itulah beliau dan suami beliau menjadi seorang yang kuat dan mampu melawan penyakit yang dihidapi. 

Kepada pembaca semua, silalah ke blog beliau Dr. Hasanah's Entries

Jangan lupa untuk membeli buku beliau yang akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.



 
{Gambar kredit kepada http://selfprescription.blogspot.com/}

No comments:

Post a Comment