Emel daripada Puan Nor Aida

----- Original Message -----
From: "Nor Aida binti . Abu Bakar"
To: "zarini"

Kak Nini,

Tahniah la atas effort Kak Nini mengusahakan Kelas-kelas erobik dan bellydance. Semoga Allah sahaja membalas segala kebaikan dan niat murni Kak Nini bagi membantu kaum kita untuk berpeluang bersenam.

Nak tahu tak, selama saya keje kat usm ni, saya tak kenal sesiapa pun kecuali PA yang ada urusan saja. Tapi sejak join erobik ni, ramai la jugak yang saya kenal. Saya bukan nak kejar bentuk body, tapi nak fitness sebab lepas punch out dari ofis, kena punch in kat rumah pulak.

Terima kasih bebanyak sebab Kak Nini dah beri ruang dan peluang untuk saya mengamalkan gaya hidup sihat.

Aida

1 comment:

  1. Aida, Insya Allah, kak Nini akan buat semampu yang boleh. Kita akan cuba kekalkan kelas ini kerana kak Nini sendiri mendapat manfaat yang banyak daripada bersenam. Kalau dulu, bukan main liat nak bersenam. Buat alasan macam-macam. Tapi sekarang, rasa rugi kalau tak bersenam. Betul tak?

    Terima kasih banyak di atas sokongan.

    ReplyDelete