Terima Kasih Prof. Ahmad Zakaria, Dekan PPSK

Assalamualaikum dan salam sihat,

Di entry ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Ahmad bin Haji Zakaria, Dekan PPSK dan Dr. Mohamed Saat Ismail, Pengerusi Program Sains Senaman dan Sukan PPSK kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan Makmal Sains Sukan PPSK bagi mengadakan kelas aerobik Jom Kita Sihat.

Walaupun, tempoh yang diberikan hanya pada bulan Mei, namun sokongan yang diberikan telah memberikan semangat kepada kami untuk meneruskan kelas ini demi menjaga kesihatan sepanjang hayat.

Semoga semua pihak di USM Kampus Kesihatan ini dapat terus memberi sokongan dan galakan sedemikian kepada kakitangan terutamanya dalam penjagaan kesihatan.

Terima kasih daun keladi.

Jom Kita Sihat!

1 comment: