Pengambilan Ahli Baru Bagi Tahun 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera khususnya kepada staf wanita dan isteri staf USM,

Kelab Jom Kita Sihat USM sedang membuka pengambilan ahli-ahli baru untuk mengisi kekosongan keahlian buat masa sekarang.

Kepada staf wanita atau staf lelaki yang ingin isterinya langsing dengan cara yang sihat tanpa mengeluarkan kos yang terlalu mahal, boleh mengisi borang di blog Jom Kita Sihat seperti berikut:  http://jomkitasihat.blogspot.com/p/borang-penyertaan-kelab-jom-kita-sihat.html  Selepas mengisi borang di blog tersebut, puan-puan akan dihubungi melalui emel untuk pengesahan penerimaan borang dan keahlian.

Tujuan utama Kelab ini ditubuhkan ialah:

1.  Memberi peluang kepada staf wanita dan isteri staf USM mengamalkan gaya hidup sihat melalui program senamrobik secara tetap iaitu sebanyak tiga kali seminggu.

2.  Menggalakkan lebih ramai wanita bersenam kerana senaman merupakan salah satu amalan pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser dan lain-lain.

3.  Memberi peluang kepada wanita untuk berkecimpung dalam bidang sukarelawan dengan menyertai khidmat-khidmat kemasyarakatan melalui program-program yang dianjurkan.

4.  Mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan di USM.

Maklumat lanjut boleh dilayari di http://jomkitasihat.blogspot.com/

Siapa cepat dia dapat....

--
Zarini Ahamed Sekeri
Pengerusi
Kelab Jom Kita Sihat
http://jomkitasihat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment