Selamat Pengantin Baru Dr. Aisyah Md. Nasaruddin


Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera,

Saya pasti rakan-rakan ahli Kelab terkejut dengan tajuk entri saya hari ini kan?  Ya betul, Alhamdulillah Dr. Aisyah, ahli kelab JKS telah selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya.  Insya Allah, walimatulurus akan berlangsung pada 28 April 2012 di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Dr. Aisyah menjemput semua ahli kelab untuk bersama meraikan hari bahagianya pada tarikh tersebut.  Maklumat lanjut akan dipostkan lagi...

Owh ya, siapa pasangannya?  Tentu kita semua ingin tahun kan?  Alhamdulillah, Dr. Aisyah ditemukan jodoh dengan seorang pendakwah yang terkenal dan baru sahaja berada di Kelantan untuk Bicara Selebriti 4.  Tentulah tidak lain dan tidak bukan jejaka bertuah itu ialah Kapten Hafiz Firdaus.

Tahniah kepada pasangan pengantin baru ini.  Kami mendoakan kalian sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Amin.....

No comments:

Post a Comment