Pengambilan Ahli Baru Kelab Jom Kita Sihat Sudah Ditutup

Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera kepada semua warga Kampus,

Dukacita dimaklumkan kami ingin memohon maaf kerana pengambilan ahli baru Kelab Jom Kita Sihat sudah ditutup.  Kami amat berterima kasih kerana kelab ini menjadi pilihan warga staf.  Sambutan yang diterima amat menggalakkan, namun kami memohon maaf kerana tempat sudah penuh.

Sekiranya terdapat penarikan diri daripada ahli-ahli sedia ada, saya akan membuka semula keahlian.

Walau bagaimanapun, penyertaan untuk Program Senamrobik Jom Kita Sihat pada 6 Mac 2012 ini masih dibuka dan sambutan yang diterima juga amat menggalakkan.  Program ini tidak berorientasikan keuntungan, namun ingin berkongsi keseronokan dan manfaat yang diperolehi dalam bersenam.  Kami juga ingin menggalakkan lebih ramai wanita menceburkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan kerana kelab ini merupakan kelab yang ditubuhkan secara sukarela dan Alhamdulillah sudah bernaung di bawah Persatuan Perkembangan Kesihatan Wanita Kelantan.

Tahniah!  Wanita sihat, masyarakat cemerlang.

Jom Kita Sihat!

No comments:

Post a Comment