Suspens tak tajuk kat atas? Sebenarnya tak ada apa, cuma saya saja nak berkongsi apa yang saya lakukan selama saya menubuhkan Jom Kita Sihat sehingga ke hari ini adalah kerana ingin berkongsi sedikit sebanyak manfaat yang saya perolehi selama ini. Melalui blog ini pula, saya boleh mengajak ramai lagi wanita yang belum merasai apa yang kami rasai. Kebetulan pula, saya memang minat menulis (sikit-sikit bolehlah) dan saya juga boleh buat blog. Alaaa.... belajar sendiri-sendiri je.. Mula-mula tengok blog orang, lepas tu, cuba-cuba explore dan buat blog sendiri.
Mungkin ada yang tertanya-tanya sampai bila saya ingin meneruskan usaha ini? Jawapan saya, Insya Allah selagi hayat dikandung badan. Kalaupun satu masa nanti saya akan berehat kerana ingin menambah ahli keluarga, saya masih akan berada di belakang tabir merancang dan mencari idea-idea baru untuk menghidupkan kelab yang belum setahun jagung ini.
Mungkin juga ada yang tertanya-tanya apa yang saya dapat? Saya dapat kesihatan dan kepuasan diri. Rupanya inilah hasilnya apabila kita berasa puas melakukan kerja-kerja sukarelawan, hati kita sentiasa berada tenang dan senang. Mungkin juga ada yang tertanya-tanya, adakah saya mendapat keuntungan? Owh...tidak sama sekali. Sumbangan yuran daripada ahli-ahli adalah semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan daripada jurulatih-jurulatih yang dipilih, kalau ada sedikit lebihanpun bolehlah buat acara makan-makan dan beri t-shirt percuma kepada ahli untuk menaikkan semangat ahli.
Namun, kepuasan yang saya kecapi apabila melakukan tugasan yang saya telah anggap ibadah ini merupakan satu perkara yang sangat berharga. Memang amat memeningkan apabila saya ditimpa masalah/dugaan dalam melaksanakan tugasan ini tetapi apabila dugaan itu diterima dengan hati yang terbuka dan redho, Insya Allah, segalanya menjadi mudah.
Saya memohon kepada Allah S.W.T. agar mempermudahkan segala usaha kecil ini.
Amin....
No comments:
Post a Comment