Pertukaran Lokasi Kelas Aerobik

Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera kepada semua ahli Jom Kita Sihat.

Sebagai makluman, lokasi Kelas Aerobik Jom Kita Sihat bermula 23 Jun 2011 sehingga akhir tahun ini telah ditukar ke Dewan Murni. Saya akan "edit" jadual dalam blog ini apabila telah selesai tugas-tugas hakiki yang perlukan penumpuan sepenuhnya.

Kami mengambil keputusan ini kerana mengambil kira faktor lokasi Dewan Nurani yang agak jauh. Buat masa sekarang, hanya Dewan Murni dan Dewan Nurani yang boleh digunakan. Tempat yang lebih sesuai seperti Makmal Sains Sukan PPSK dan Kompleks Sukan tidak boleh digunakan atau tidak "available".

Walau bagaimanapun, kami mengharapkan agar semua ahli tidak patah semangat untuk terus bersenam kerana dengan bersenam, kita telah mendapat banyak manfaatnya.

Sekian, Jom Kita Sihat!

No comments:

Post a Comment