Salam Pn. Zarini dan semua rakan2 yg dihormati,
TAHNIAH !!! kepada Pn. Zarini dan team...atas kesungguhan menganjurkan program ini..sesunguhnya saya rasa amat bertuah kerana terpanggil untuk join group "Jom Kita Sihat"..
Memang seronok sangat!!!...
Semoga kita akan terus bergerak demi kesihatan dan kualiti hidup kita..
Terima kasih sekali lagi..
Maizatul Akma Abd. Ghani
PPBLT
Waalaikumussalam wrt. wbt. dan selamat sejahtera,
ReplyDeleteTerima kasih di atas sokongan Puan Maizatul khasnya dan puan-puan semua.
Saya dan AJK yang lain amat gembira kerana dapat berkongsi manfaat yang telah diperolehi melalui kelas aerobik ini. Alhamdulillah, ada di antara kita seperti Puan Halijah dan Puan Zulaila sememangnya telah lama berkecimpung dalam bidang ini dan sudi berkongsi idea dan pandangan antara satu sama lain. Terima kasih Kak Jah dan Kak La...
Puan-puan seperti di catatan pengalaman saya di blog Jom Kita Sihat, sememangnya adalah sesuatu yang sukar untuk berubah daripada kebiasaan kita seperti saya yang sememangnya tidak menjadikan senaman suatu kebiasaan. Namun, saya telah mengetepikan kesemua 1001 alasan yang dicipta yang telah membelenggu diri selama ini bahawa saya boleh berubah apatah lagi puan-puan.
Oleh itu, diharapkan puan-puan tidak berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk mengikuti kelas ini. Pihak AJK sedang menyediakan borang kajiselidik kepuasan pelanggan untuk diisi oleh puan-puan. Ini adalah langkah untuk memastikan kelestarian kelas aerobik ini. Mohon puan-puan mengisi borang tersebut apabila diedarkan kelak.
Buat masa ini, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, jangan segan silu untuk berbincang dengan kami semua.
Puan Zarini - 3147 (Pengerusi)
Puan Halijah - 4000 (Timbalan Pengerusi)
Puan Zulaila - 3075 (Bendahari)
Puan Hasnaini - 3002 (Setiausaha)
Cik Siti Norbayu - 3029 (Penolong Setiausaha)
Sekian, terima kasih.
Jom Kita Sihat!