Kelas Aerobik Ini Bukan Tajaan Mana-mana Pihak

Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera,

Ingin saya tekankan sekali lagi dalam posting ini bahawa Kelas Aerobik Jom Kita Sihat ini merupakan satu inisiatif peserta aerobik percuma yang ingin melanjutkan kelas ini atas tanggungan/bayaran sendiri.

Latar belakang Kelas Aerobik Percuma
Bermula pada bulan Disember dan akan tamat pada 16 Mac 2011. Anjuran PPSK tetapi tajaan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ditanggung/ditaja sepenuhnya di bawah geran mereka. Penyelaras ialah Puan Siti Zabedah Shafie, Pegawai Sains PPSK.

Latar belakang Kelas Aerobik Jom Kita Sihat
Akan bermula pada 20 Mac 2011. Inisiatif peserta aerobik percuma di atas tetapi setelah tamat program tersebut, para peserta terpaksa menanggung sendiri program ini iaitu bayaran yuran kepada instruktor. Kesemua peserta adalah kakitangan USM Kampus Kesihatan. Penyelaras ialah Puan Zarini Ahamed Sekeri a.k.a. moderator blog ini. Penasihat ialah Puan Siti Zabedah Shafie.

Diharapkan dengan penerangan di atas, tiada pihak yang salah sangka tentang program murni ini. Tiada sebarang urusniaga yang terlibat dan tiada sebarang keuntungan yang diraih. Program ini merupakan program khidmat masyarakat untuk memastikan kaum wanita kita sentiasa sihat dan cergas. Wanita sihat, masyarakat sejahtera.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment