Aerobathon 2011


Tersenyum dalam kepenatan...


Pada hari Sabtu 26 Mac 2011 yang lalu, beberapa peserta Kelas Aerobik Jom Kita Sihat telah menyertai Aerobathon 2011 yang diadakan di Dewan Nurani. Aerobathon ini diadakan selama 2 jam tanpa henti dan dianjurkan oleh Pusat Rancangan Kokurikulum USMKK. Penyertaan kami adalah untuk mencari pengalaman dalam bidang ini. Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah 20 teratas, namun kami sangat gembira kerana berjaya menghabiskan masa 2 jam aerobik tanpa henti. Yuran dibayar sendiri oleh para peserta dan bukannya ditaja oleh Jom Kita Sihat atau mana-mana pihak.

Tahniah kepada semua peserta dan penganjur!

Jom Kita Sihat!


No comments:

Post a Comment