Updates!

Assalamualaikum dan salam sihat,

Saya ada beberapa update di sini.

1. Menurut Puan Siti Zabedah, Kelas Aerobik Percuma akan tamat pada 16 Mac 2011.

2. Saya akan muat naik jadual Kelas Aerobik Jom Kita Sihat apabila lokasi kelas sudah disahkan (finalised). Sebenarnya saya mendapat kesukaran untuk mendapat tempat untuk menjalankan kelas aerobik kita. Saya sudah membuat permohonan dengan BHEPP dan masih menunggu jawapan daripada mereka. Ada beberapa tempat yang saya dimaklumkan tidak dapat diberikan kepada kita (kakitangan USM) kerana pelanggan utama di Kampus ini ialah pelajar. Agak mengecewakan kerana aktiviti senaman seperti ini adalah sangat digalakkan tetapi apabila kita hendak menjalankannya, pelbagai karenah birokrasi terpaksa dihadapi. Semoga Allah bersama saya kerana niat saya adalah lebih kepada khidmat masyarakat bukannya menjalankan sebarang bentuk perniagaan. Doakan saya.

3. Saya telah muat naik biodata jurulatih pertama kita tetapi masih menunggu biodata jurulatih kedua. Anda semua jangan bimbang kerana jurulatih-jurulatih yang dipilih ialah jurulatih yang yang mempunyai pengalaman yang luas dan telah diiktiraf.

Setakat ini sahaja buat kali ini dan jangan lupa untuk layari blog ini dari semasa ke semasa.

Jom Kita Sihat.


No comments:

Post a Comment