Pengumuman Kepada Peserta Yang Telah Mendaftar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya,

Alhamdulillah, setakat hari ini 9 Feb 2011, saya telah menerima penyertaan sebanyak 31 orang untuk menyertai Kelas Aerobik Jom Kita Sihat. Tahniah saya ucapkan kerana anda telah memilih satu langkah yang bijak untuk mengekalkan kesihatan kita.

Petang semalam, bakal Jurulatih Aerobik kita iaitu Puan Norizah (bioadata beliau akan saya post dalam entry yang lain) telah mengesahkan bahawa beliau bersedia untuk membimbing dan melatih kita dalam kelas nanti. Bagi puan-puan yang tiada pengalaman dalam kelas aerobik, jangan risau kerana beliau akan melatih kita dengan langkah asas terlebih dahulu. Justeru itu, saya memerlukan kerjasama peserta semua untuk mengisi borang testimoni untuk menyatakan pengalaman anda semua. Sekiranya puan-puan tiada pengalaman langsung, sila nyatakan tiada pengalaman supaya saya dapat membuat senarai peserta dan menyerahkan kepada Jurulatih kita nanti.

Bagi puan-puan yang belum mendaftar, sila daftar sekarang kerana tempat kosong sudah tinggal sedikit sahaja. Usah berfikir panjang kerana anda harus yakin bahawa tidak sia-sia untuk anda mengamalkan senaman demi kesihatan sepanjang hayat.

Sampai sini dahulu post saya untuk kali ini. Sekiranya puan-puan mempunyai kelapangan, sila baca testimoni saya nanti tentang pengalaman saya dan perubahan dalam hidup saya setelah menyertai kelas aerobik.

Jom Kita Sihat!

Zarini

p/s: Mohon semua peserta menghantar gambar kepada saya melalui emel yang telah diberikan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment