Manusia kurang bermasyarakat
Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my
BELAJAR...pengguna perlu mempelajari teknik keselamatan facebook.
LAMAN sosial kini terkenal dengan jolokan ‘dunia tanpa sempadan’
apabila kemudahan ini secara tidak langsung turut menjadikan dunia
semakin lama semakin mengecil.
Bukan saja pelbagai maklumat boleh dicapai di hujung jari dengan
kadar segera, jaringan perhubungan juga semakin meluas hingga jarak
jutaan batu bukan lagi penghalang.
TABIAT...status facebook mencerminkan peribadi anda.
Luang MASA...tinjau fungsi dalam facebook.
DEDAH...jangan terlalu kerap mengemas kini peribadi anda.
LAMA...pengguna menghabiskan masa depan PC.
Lama kelamaan, seolah-olah wujud kebergantungan bagi manusia
terhadap teknologi ini kerana hampir apa saja urusan pada hari ini boleh
dilakukan menerusinya.
Kemudahan laman sosial sering dikatakan
penyebab mengapa manusia zaman sekarang kurang bermasyarakat kerana
sibuk meneroka satu juta macam perkara yang terdapat di dalamnya.
Jika diteliti pandangan berkenaan, mungkin benar dan mungkin
juga kurang tepat. Sememangnya ada pengguna laman sosial yang jarang
bergaul dengan orang di sekeliling kerana terlalu asyik menghabiskan
masa di depan telefon pintar atau komputer peribadi (PC).
Facebook antara laman sosial yang paling tinggi penggunaannya di
negara ini, malah dikatakan Malaysia antara tujuh negara dengan jumlah
pendaftaran akaun tertinggi di dunia.
Rangkaian halaman sosial facebook kini mempunyai satu bilion pengguna yang menghabiskan masa secara aktif menggunakannya.
Menurut Pengasas dan Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, angka itu dicapai pada 14 September jam 12.45 tengah hari.
Secara tidak langsung, kira-kira satu pertujuh daripada penduduk dunia kini adalah ahlinya.
Halaman sosial yang dicetuskan Zuckerberg ketika beliau di Havard
kira-kira sedekad lalu, kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis
permain dalam talian.
Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak
‘status’ yang kita lihat di facebook meminta kita mengklik pada profil
dan menukar tetapan pada menu ‘setting’ apabila dikatakan ia boleh
mendedahkan identiti kita kepada carian umum di Internet.
Kalau
kita lihat dan baca pada terma dan syarat yang disediakan dalam laman
sosial popular itu, sudah dinyatakan kaedah tertentu untuk memantau dan
mengetatkan kawalan keselamatan akaun peribadi bagi mengelakkan
pencerobohan atau salah guna.
Facebook sendiri sudah mengemas
kini kaedah keselamatan mereka dari semasa ke semasa yang disifatkan
lebih selamat. Cuma kita perlu menyedari, apa saja dimuatkan dalam web
2.0 bermakna tiada ruang peribadi atau privasi jelas.
Pada zaman moden serba canggih yang kita lalui sekarang, anda akan menyaksikan ruang peribadi sudah terbuka.
Kalau tidak percaya, anda taip sendiri nama anda di laman pencari Google, Yahoo! atau Bing yang menghasilkan jutaan keputusan.
Meskipun ia mungkin tidak relevan, anda akan mendapati nama anda
mungkin terpampang pada carian pada muka surat 1,000,0012 dalam Google
Search.
Sebenarnya, terdapat beberapa kesilapan ketika
mengendalikan laman facebook kita sehingga mendedahkan maklumat peribadi
yang sensitif atau menggugat kehidupan seharian. Antaranya:
Kata laluan lemahAda
baiknya kalau kata laluan ditukar secara kerap. Lebih baik jika
pengguna sendiri memilih untuk campuran huruf, nombor dan simbol serta
tidak menggunakan perkataan sebenar.
Maksud perkataan sebenar misalnya ‘kereta’ tetapi lebih baik kalau perkataan itu langsung tidak terdapat dalam kamus.
Tahukah anda syarikat keselamatan online, ESET mendedahkan kata laluan yang kerap digunakan pengguna di dunia adalah:1. password
2. 123456
3. 12345678
4. 1234
5. qwerty
6. 12345
7. dragon
8. pussy
9. baseball
10. football
11. letmein
12. monkey
13. 696969
14. abc123
15. mustang
16. michael
17. shadow
18. master
19. jennifer
20. 111111
21. 2000
22. jordan
23. superman
24. harley
25. 1234567
Jadi, adakah anda salah seorang daripada mereka? Kata laluan yang anda
gunakan untuk laman sosial facebook tidak seharusnya digunakan untuk
mana-mana akses ke akaun lain seperti e-mel atau mesin ATM.
Suka dedahkan maklumat peribadi yang pentingMaklumat peribadi yang dimaksudkan mungkin nombor telefon, e-mel kerja dan nombor akaun bank anda.
Walaupun ada menu ‘Info’ dalam laman web sosial, tidak bermakna anda
perlu mengisinya dengan lengkap seperti nombor telefon dan e-mel.
Lebih baik kalau ‘hilangkannya’ daripada dilihat umum yang membahayakan
di samping jangan merancang untuk bertemu rakan kurang atau tidak
dikenali di status ‘Wall’ anda.
Satu e-mel untuk facebook dan kerjaKebanyakan pengguna akan mendaftar akaun facebook mereka menggunakan alamat e-mel seharian mereka.
Lebih malang kalau anda gunakan e-mel sama ketika mengisi ‘resume’
anda, e-mel sama untuk kerja, e-mel sama untuk mendaftar ke akaun lain
dan sebagainya.
Jika anda lakukan demikian, mana-mana individu
dengan mudah boleh menaip alamat e-mel anda dan mencarinya di Google
untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai akaun facebook.
Ia
sekali gus memberi peluang kepada orang tidak dikenali mengetahui
mengenai diri anda dengan mudah yang hanya dilakukan melalui satu klik.
Kalau boleh, gunakan satu alamat e-mel hanya untuk facebook.
Anda abaikan fungsi ‘Facebook Security Alerts’Kesilapan
biasa pengguna lakukan ialah mengabaikan tetapan tertentu yang dianggap
rumit walaupun sebenarnya ia penting bagi memelihara tahap keselamatan
akaun anda.
Tetapan mudah yang disediakan facebook termasuk
membolehkan pengguna menetapkan butang keselamatan khas untuk
memaklumkan kepada anda melalui e-mel atau telefon bimbit jika ada
cubaan mendaftar masuk ke akaun yang meragukan.
Baiklah, kalau
ini berlaku, lebih baik anda tukar kata laluan anda dengan pantas serta
memeriksa halaman profil anda untuk melihat jika terdapat apa-apa
aktiviti yang luar biasa.
Anda abaikan ikon ‘Privacy’ facebookMenukar
tetapan Privacy terbabit perlu menjadi keutamaan setiap kali anda
membuka laman facebook anda, malah jadikan ia aktiviti pertama sebaik
menekan butang ‘Enter’.
Tetapan terbabit membolehkan anda mempunyai beberapa kawalan umum untuk akses kepada maklumat anda.
Menerusinya, anda boleh memilih untuk tetapan umum tetapi lebih baik
kalau mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mendalami atau melakukan
aktiviti ‘customize’ pada tetapan privasi yang sesuai dengan anda.
Sebenarnya, anda boleh menetapkan facebook anda menjadi laman yang hanya dilihat individu tertentu saja.
Jika anda membiarkan akaun anda pada tetapan umum dan seterusnya rakan
anda ‘likes’ kepada apa jua yang dilakukan pada status atau gambar anda,
maklumat yang dikongsi akan keluar pula pada suapan berita rakan
facebook.
Natijahnya, status atau gambar yang anda hanya mahu
kongsikan bersama keluarga dan rakan anda kini dikongsi dengan orang
yang tidak dikenali!
Selalu ‘Check In’ pada facebookAnda mungkin tidak mahu mendedahkan alamat anda atau apa yang anda lakukan untuk tontonan orang lain.
Contohnya begini, anda membuat Check In dalam facebook disusuli dengan status berbunyi ‘Keseorangan di pejabat, bosan betul!’
Sememangnya ia satu kesilapan yang besar malah boleh membahayakan nyawa anda jika tidak berhati-hati.
Dedah album foto untuk semuaRamai
di kalangan pengguna facebook yang beranggapan menukar status menjadi
kepentingan ketika menggunakan facebook tetapi melupakan soal pindah
turun foto.
Pada hakikatnya, anda boleh memilih untuk hanya
membenarkan keluarga untuk menonton gambar keluarga dan hanya rakan
sekerja untuk melihat gambar berkaitan kerja.
Terdapat ibu bapa yang memasukkan foto anak mereka dengan sejumlah yang besar.
Tahukah
anda, mengikut kajian, golongan pedofil menggemari foto kanak-kanak
berusia dua tahun dan menjadikan facebook sebagai platform mencari
mangsa?
Lebih baik jika anda tidak terlalu memindah turun foto
yang menggambarkan kehidupan secara langsung misalnya lokasi sekolah
atau tempat kerja sehingga menampakkan lokasinya dengan jelas.
Ia dikhuatiri mendedahkan maklumat yang banyak berkaitan diri anda.
Gemar ‘Like’ pada apa jua ‘Page’Sejak
menggunakan facebook pada awal kemunculannya, facebook sudah
mengumumkan pelbagai fungsi menarik termasuk pembangunan aplikasi lain
yang dimuatkan bersama laman terbabit.
Anda boleh bayangkan beratus-ratus aplikasi pihak ketiga yang sebenarnya mengakses maklumat peribadi.
Lebih baik anda mengambil sikap berhati-hati memandangkan satu aplikasi
saja sudah cukup mendedahkan maklumat peribadi kepada umum, jadi
kurangkan untuk bersetuju menerima sebarang aplikasi sewenang-wenangnya.
Ada sebab yang jelas mengenainya? Contoh di bawah mungkin terbaik:
Terdapat agensi berita melaporkan penyangak siber membangunkan Page
facebook palsu seakan-akan laman yang memaparkan tajuk ‘Cara Menjadi Ibu
Bapa Yang Baik’.
Di sebalik Page terbabit, ia laman palsu dimiliki pedofil yang mencari mangsa dengan mengakses foto pengguna.
Jika anda Like Page terbabit, mereka akan mempunyai akses kepada gambar anak anda.
Sebelum laporan polis dilakukan ibu bapa, laman terbabit dikatakan sudah diberikan Likes sehingga 10,000.
Taip apa saja dalam statusAdakah salah untuk menaip apa saja dalam facebook? Ada yang berkata, “Eh, facebook aku, suka hati akulah!”
Jawapannya tidak salah tetapi kalau ia mendedahkan peribadi anda,
mungkin akan memberikan pandangan yang salah kepada orang lain.
Jika anda sedang mencari pekerjaan, ada kemungkinan majikan yang bakal
mengambil anda bekerja meninjau dulu facebook anda bagi mengetahui cara
hidup atau tabiat anda.
Kalaulah aktiviti status anda mengutuk atau berstatus begini, ‘malas betul kerja hari ini’, apakah pandangan pertama mereka?
Dedahkan keluargaAnda ‘Tag’ keluarga anda dalam facebook tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada mereka.
Ada sesetengah individu yang tidak mahu terlalu menonjol dalam dunia maya.
Oleh itu lebih baik kalau kita boleh hormat permintaan mereka.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/09