Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Tawaran Kelas Senamrobik secara walk in


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Jom Kita Sihat ingin membuka peluang kepada warga staf (wanita sahaja) yang berminat untuk mengikuti kelas senaman bersama kami secara walk in seperti maklumat berikut:


Bil.
Tarikh
Hari
Masa
Tempat/Catatan
Jenis Senaman
1.      
29 Nov
Khamis
5.15 – 6.30 pm
Dewan Aerobik Kompleks Sukan
Bellydance/Zumba/Bhangra
(Sila bawa coinbelt sekiranya ada)
2.      
2 Dec
Ahad
5.15 – 6.30 pm
Dewan Peperiksaan
Senamrobik
3.      
4 Dec
Selasa
5.15 – 6.30 pm
Dewan Aerobik Kompleks Sukan
Senamrobik + Senaman Dumbbell
(Sila bawa sepasang dumbbell/botol mineral berisi air/pasir)
4.      
6 Dec
Khamis
5.15 – 6.30 pm
Dewan Aerobik Kompleks Sukan
Bellydance/Zumba/Bhangra
(Sila bawa coinbelt sekiranya ada)


Bilangan peserta
Enam (6) orang sahaja
Bayaran
RM5.00 per entry
Tempoh sah
Seperti tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas.
Cara mendaftar
Mohon daftarkan nama, no. telefon, Unit/Jabatan kepada Puan Zarini melalui emel atau menelefon 3147.
Pembayaran
Mohon membuat bayaran sebelum kelas dijalankan pada tarikhk-tarikh tersebut kepada Cik Nadia (Bendahari Kelab).
Syarat
Terbuka kepada peserta yang benar-benar serius sahaja supaya slot yang diberikan tidak dibazirkan.

Tawaran kelas walk in hanya dibuka pada masa-masa tertentu sahaja dan bukannya pada setiap masa.  Namun keahlian secara tetap telah dibuka sekarang.  Siapa cepat dia dapat!

Maklumat lanjut sila layari:  http://jomkitasihat.blogspot.com

Banyak beriadah, senang beribadah...

Makluman Awal Program Senamrobik Jom Kita Sihat pada 6 Mac 2012


Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memudahkan segala perancangan dan usaha kita dalam aktiviti meningkatkan kecergasan dan amalan gaya hidup sihat.

Saya amat berbesar hati ingin membuat pengumuman awal tentang satu program yang akan diadakan sempena Ulangtahun Pertama Kelab Jom Kita Sihat ditubuhkan iaitu Program Senamrobik Jom Kita Sihat pada 6 Mac 2012 ini.  Program ini telah diluluskan oleh YBhg. Prof. Dato' Mafauzy Mohamed.

Sehubungan itu, saya ingin menjemput semua ahli Jom Kita Sihat untuk menyertai program ini pada tarikh tersebut yang akan diadakan pada pukul 8.00 - 10.00 pagi.  Surat pelepasan akan diberikan kepada mereka yang terlibat.  Walau bagaimanapun, yuran penyertaan sebanyak RM5.00 terpaksa dikenakan juga kepada ahli-ahli memandangkan kewangan kita juga agak terhad.  Insya Allah, yuran RM5.00 itu adalah untuk persegaran, sijil dan ada "surprise" juga.

Bagi ahli kita seramai hampir 40 orang, kita akan menyambut Ulangtahun Pertama ini dengan sedikit jamuan sebagai tanda kesyukuran kita kerana mampu bertahan sehingga ke hari ini.  Insya Allah, Kelab JKS akan menaja sebiji kek, mihun dan minuman dan jamuan ini akan diadakan selepas program senamrobik tersebut.  Saya mengalu-alukan ahli-ahli untuk memberi sumbangan secara pot luck dan sila maklumkan kepada saya makanan apa yang ingin dibawa agar kita dapat menyediakan pinggan/mangkuk.

Tunggukan pengumuman seterusnya apabila kami menyiarkan poster nanti untuk pendaftaran dan sebagainya.

Sekian, Jom Kita Sihat!

p/s:  Ahli-ahli yang mempunyai t-shirt JKS dikehendaki memakai t-shirt tersebut.



Pengambilan Ahli Baru Dibekukan

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan lautan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli baru kerana telah mengambil langkah yang bijak dengan memilih Kelab Jom Kita Sihat untuk melakukan aktiviti kecergasan.  Tidak lupa juga terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli lama kerana masih setia dan setia bersama Kelab ini walaupun kesempatan waktu amat terbatas dan mencemburui semua.  Sesungguhnya penglibatan puan-puan semua telah membolehkan Kelab JKS masih terus aktif, bertenaga, segar dan semakin bersemangat. 

Kita sudah masuk sesi yang ke-11 dan apabila sesi ke-12 nanti menandakan telah genap satu tahun kita bersama-sama. Perkara ini sangat membanggakan saya kerana tanpa anda semua; semangat jitu yang ditunjukkan siapalah Kelab JKS.  Ahli-ahli datang dan pergi tetapi kepada yang masih setia, saya amat terharu kerana kesetiaan mereka membolehkan kita semua meneruskan aktiviti yang sangat baik ini.

Walau bagaimanapun, dukacita saya ingin memaklumkan bahawa pengambilan ahli-ahli baru terpaksa dibekukan buat sementara waktu demi memenuhi kualiti dan keselesaan ahli-ahli yang sedia ada.  Dari aspek kuantiti, lebih ramai ahli memang memberi kebaikan tetapi saya lebih senang dan gembira sekiranya kelab ini dapat memberi kegembiraan, keselesaan dan kesenangan kepada semua.

Justeru itu, saya mengharapkan agar ahli yang ada tidak membawa rakan-rakan yang lain ke kelas-kelas yang akan datang melainkan saya membuat pengumuman penambahan ahli baru.  Saya sebenarnya tidak sampai hati untuk menolak tetapi ini penting untuk kebaikan kita semua.

Saya juga ingin memaklumkan perkembangan terkini iaitu kita akan menambah seorang lagi instruktor baru yang akan mengendalikan kelas pertama pada hari ini.  Saya tidak sabar-sabar untuk melihat kebolehan dan kemahiran beliau sebagaimana kehebatan yang telah ditunjukkan oleh Kak Lah pada hari Ahad dan Selasa. 

Insya Allah, sekiranya tiada sebarang halangan, beliau akan mengendalikan kelas setiap Khamis bermula pada bulan Mac 2012.  Oleh itu, setelah hampir setahun Kelab ini sentiasa mengambil pendekatan agar ahli-ahli tidak jemu dan akan terus setia bersama kami. 

Jom Kita Sihat!

Soft Reminder kepada Ahli-ahli


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ahli Jom Kita Sihat,

Alhamdulillah, setakat ini Kelab Jom Kita Sihat telah disertai oleh 36 orang ahli (terbaru sehingga 29 Jan 2012).  Nampaknya kita tidak dapat menerima ahli baru lagi memandangkan saya lebih mementingkan kualiti (keselesaan semua ahli) daripada kuantiti.

Sekiranya ahli-ahli yang sedia ada mempunyai niat untuk menarik diri, saya mohon agar dimaklumkan kepada saya dengan segera agar peluang tersebut dapat diberikan pula kepada orang lain.

Entri ini adalah untuk mengingatkan ahli-ahli Slot Khas (khasnya) tentang catatan pada kedatangan.  Saya ingin memohon kerjasama daripada semua ahli Slot Khas agar menandatangani kedatangan setiap kali menghadiri kelas.  Catatan tersebut adalah penting untuk memastikan jumlah kelas yang dihadiri adalah tepat.

Walau bagaimanapun, saya juga mengharapkan ahli-ahli biasa dapat menandatangani juga pada ruangan tersebut supaya saya dapat membuat sedikit kajiselidik.

Sekian, Jom Kita Sihat!

Instruktor Senamrobik Wanita Diperlukan

Kelab Jom Kita Sihat ingin membuka peluang kepada instruktor wanita di luar sana untuk mengendalikan kelas senamrobik kami pada setiap hari Khamis bermula bulan Mac 2012 di USM Kampus Kesihatan.

Syarat-syarat:

1.  Warganegara Malaysia
2.  Mempunyai pengalaman luas dalam bidang senamrobik.
3.  Mempunyai kemahiran dalam koreografi.
4.  Sentiasa membuat pembaharuan dalam pergerakan dan lagu-lagu senamrobik.
5.  Mempunyai sijil akreditasi adalah satu kelebihan.

Syarat-syarat lain akan dimaklumkan kemudian.  Sekiranya berminat atau mempunyai saudara-mara atau kenalan, sila hubungi saya secepat mungkin di 09-7673147.

Penyertaan Ditutup

Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera,

Saya ingin mengumumkan bahawa penyertaan kelas aerobik Jom Kita Sihat ditutup dengan rasminya.

Terima kasih kepada semua peserta yang ingin menyertai kelas aerobik ini.

Nantikan pengumuman-pengumuman saya yang seterusnya melalui blog ini.

Jom Kita Sihat!

Pengumuman Kepada Peserta Yang Telah Mendaftar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya,

Alhamdulillah, setakat hari ini 9 Feb 2011, saya telah menerima penyertaan sebanyak 31 orang untuk menyertai Kelas Aerobik Jom Kita Sihat. Tahniah saya ucapkan kerana anda telah memilih satu langkah yang bijak untuk mengekalkan kesihatan kita.

Petang semalam, bakal Jurulatih Aerobik kita iaitu Puan Norizah (bioadata beliau akan saya post dalam entry yang lain) telah mengesahkan bahawa beliau bersedia untuk membimbing dan melatih kita dalam kelas nanti. Bagi puan-puan yang tiada pengalaman dalam kelas aerobik, jangan risau kerana beliau akan melatih kita dengan langkah asas terlebih dahulu. Justeru itu, saya memerlukan kerjasama peserta semua untuk mengisi borang testimoni untuk menyatakan pengalaman anda semua. Sekiranya puan-puan tiada pengalaman langsung, sila nyatakan tiada pengalaman supaya saya dapat membuat senarai peserta dan menyerahkan kepada Jurulatih kita nanti.

Bagi puan-puan yang belum mendaftar, sila daftar sekarang kerana tempat kosong sudah tinggal sedikit sahaja. Usah berfikir panjang kerana anda harus yakin bahawa tidak sia-sia untuk anda mengamalkan senaman demi kesihatan sepanjang hayat.

Sampai sini dahulu post saya untuk kali ini. Sekiranya puan-puan mempunyai kelapangan, sila baca testimoni saya nanti tentang pengalaman saya dan perubahan dalam hidup saya setelah menyertai kelas aerobik.

Jom Kita Sihat!

Zarini

p/s: Mohon semua peserta menghantar gambar kepada saya melalui emel yang telah diberikan sebelum ini.

Penyertaan

Setakat hari ini 9 Feb 2011, pukul 2.26 pm, saya telah menerima 31 penyertaan.

Kelas Aerobik Jom Kita Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera puan-puan yang dihormati sekalian.

Bermula pada bulan April 2011, satu kelas aerobik Jom Kita Sihat akan diadakan lanjutan daripada program aerobik percuma tajaan Lembaga Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM Kampus Kesihatan.

Inisiatif ini adalah di atas cadangan para peserta yang masih ingin meneruskan program kecergasan demi mengekalkan kesihatan sepanjang hayat.

Kelas ini tidak lagi diadakan secara percuma dan perlu dikenakan yuran sebagai bayaran kepada jurulatih aerobik. Pelaburan yang dikeluarkan hanyalah satu jumlah yang kecil sahaja demi kesihatan kita.

Sehubungan itu, bagi puan-puan yang berminat untuk mengikuti Kelas Aerobik ini, sila baca terma dan syarat yang dinyatakan di bawah ini.

Cepat, daftar sekarang dengan mengisi borang penyertaan kerana tempat adalah terhad.

Sekian, jom kita sihat!